14jam ago
BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Selangor menyasarkan pelaburan berjumlah RM90 bilion tahun ini, meningkat daripada RM80 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas susulan momentum pelaburan yang menggalakkan di negeri itu.
3hari ago
KLANG, 21 Okt (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia melabur RM2.2 juta untuk menubuhkan Hab Servis Mercedes-AMG ONE yang pertama dan tunggal di Asia Tenggara di Hap Seng Star Bukit Tinggi di sini sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat serantau bagi pakar perkhidmatan automotif.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selangor menarik minat pelaburan berpotensi bernilai lebih RM3 bilion daripada empat pelabur asing menerusi surat hasrat (LOI) yang diselaraskan oleh UOB Malaysia kepada Invest Selangor, mencerminkan minat kukuh pelabur untuk meneroka peluang perniagaan dan pertumbuhan di negeri itu.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.6 peratus kepada 29,510 tan pada Ogos 2026 daripada 26,926 tan pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
RANAU, 23 Sept (Bernama) -- Tanaman tembakau bagi produk tembakau hiris dan cerut yang diusahakan oleh 118 pekebun tempatan di kawasan seluas kira-kira 44.5 hektar di sini, dapat menjana pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mahu menjadikan Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) berperanan lebih besar dalam rangkaian pelayaran serantau dengan terminal itu kini berupaya menampung dua kapal persiaran bersaiz Quantum secara serentak sehingga 12,000 penumpang.
1bulan ago
SERI KEMBANGAN, 15 Sept (Bernama) -- Acara Malaysia International Automotive & Parts Expo (MIAPEX) 2026 pada bulan depan, disasar menjana jualan kira-kira RM12 juta menerusi sesi perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada pengguna (B2C) yang kukuh.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan sebanyak tiga lagi syarikat antarabangsa memulakan perkhidmatan penerbangan ke sini menjelang akhir tahun ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Pameran Oil & Gas Asia (OGA) 2026 yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 September, 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung perdagangan dan turut menampilkan lebih 2,000 jenama dan syarikat yang mengambil bahagian.