Terdapat 885 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

EGH International Lancar Prospektus IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Firma perkhidmatan kelengkapan dalaman, EGH International Bhd (EGHI) melancarkan prospektusnya bersempena dengan tawaran awam permulaan (IPO) dan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Oktober 2026. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Tamatkan Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan lima hari berturut-turut untuk ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Khamis.

IPO SLGC Terlebih Langganan 3.1 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SLGC Bhd mencatat terlebih langganan sebanyak 3.1 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities.

Sabah Laksanakan Kedaulatan Penuh Ke Atas Projek Karbon, Hasil Negeri -- Arthur

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah akan melaksanakan kedaulatan penuhnya ke atas pembangunan projek-projek karbon serta kutipan hasil negeri itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Belanjawan 2027 Dijangka Lonjak Penggunaan, Beri Pertumbuhan Meluas

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan datang berkemungkinan akan mengutamakan langkah untuk meningkatkan penggunaan isi rumah dan melindungi ekonomi daripada kejutan luaran dalam keadaan permintaan dalam negeri yang lemah pada separuh pertama tahun ini, kata seorang pakar ekonomi. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Dolar AS Yang Lebih Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan kepada logam berharga itu.

Kenaikan Harga Minyak, Hasil Bon Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.

KDNK Malaysia Bagi 2026 Diunjur 5.7 Peratus Dipacu Pembuatan, Pelaburan Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan tumbuh purata 5.7 peratus pada 2026 yang melangkaui unjuran rasmi, dipacu oleh sektor pembuatan, pembinaan dan pelaburan, kata dua ahli ekonomi.

Pasaran Getah Terus Meningkat Seiring Dengan Kenaikan Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat dan ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan niaga hadapan serantau, kata seorang peniaga. 

Kemampuan Perumahan Wajar Ambil Kira Kos Hidup - PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kemampuan perumahan harus dinilai berdasarkan kos sara hidup yang menyeluruh seperti bayaran sewa atau gadai janji, pengangkutan, utiliti, penyelenggaraan dan akses kepada keperluan harian, kata pasaran hartanah dalam talian.

MBSM IB Kekalkan Sasaran Harga MSM Pada RM4,400 Bagi 2026 Di Sebalik Ancaman El Nino

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan bagi 2026, disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan yang semakin terhad susulan peningkatan mendadak titik panas di seluruh rantau ini.

Belanjawan 2027: Pendapatan, Gaji Rakyat Perlu Terus Jadi Keutamaan

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Isu pendapatan dan gaji rakyat perlu terus diberi keutamaan dalam merangka Belanjawan 2027, seiring dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).