6jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kumpulan CapBay mencatatkan jumlah pembiayaan kumulatif melebihi RM6 bilion sejak 2016, dengan menerbitkan 45,000 nota pembiayaan kepada lebih daripada 2,700 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia merentasi 20 industri.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- S P Setia Bhd menyambut baik langkah dalam Belanjawan 2027 yang menyokong pemilikan rumah, pelaburan, pembangunan mampan serta daya tahan ekosistem pembinaan negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd melihat sektor pengguna sebagai penerima manfaat utama Belanjawan 2027 didorong oleh pelepasan cukai pendapatan individu yang dapat meningkatkan kuasa perbelanjaan dalam kalangan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) dicadangkan disemak semula untuk memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi hab perkhidmatan global dan menarik aktiviti pengurusan perbendaharaan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai bagi syarikat perkapalan Malaysia dicadangkan agar disemak semula bagi menyumbang kepada pertambahan jumlah kapal tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap kapal asing serta menambah aliran masuk pendapatan fret kapal dalam tempoh jangka panjang.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah kediaman pertama dicadangkan agar disemak semula untuk terus menyokong pemilikan rumah kediaman pertama oleh warganegara Malaysia.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan peremitan duti setem bagi perjanjian pinjaman atau pembiayaan di bawah Skim CAKNA dilanjutkan dan diperkenalkan semula.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Insentif cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) yang dipertingkat di bawah Belanjawan 2027, termasuk kadar cukai lima peratus ke atas pendapatan yang layak untuk syarikat baharu yang memenuhi syarat, dijangka meningkatkan daya tarikan Johor sebagai hab perniagaan serantau.
4hari ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Langkah pelanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat perkapalan selama 10 tahun lagi dapat menggalakkan lebih banyak syarikat berkenaan mendaftarkan kapal masing-masing di Malaysia berbanding di negara lain yang menawarkan insentif cukai.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 menangani tekanan yang dihadapi isi rumah di bandar termasuk golongan berpendapatan sederhana yang semakin terkesan selain golongan berpendapatan rendah menerusi beberapa langkah, menurut Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC).
5hari ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah pelepasan cukai individu dalam Belanjawan 2027 dijangka membantu meringankan tekanan kewangan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) manakala insentif bersasar untuk perniagaan dan pelabur berpotensi menyokong pertumbuhan pelaburan, menurut PwC Malaysia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Lanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat perkapalan dan kadar duti setem tetap bagi pembiayaan kapal yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka dapat mengurangkan kekangan pembiayaan yang dihadapi pemilik kapal di Malaysia.