Terdapat 2642 berita berdasarkan kata kunci carian " bernama"

Inflasi Malaysia Antara Terendah Di Rantau Ini, Namun Tekanan Kos Huluan Meningkat - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia antara yang terendah di rantau ini, namun peningkatan tekanan kos di peringkat huluan boleh membawa risiko kenaikan harga pada lewat tahun ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi.

Dana Impak Khazanah Salur Pelaburan RM2.6 Bilion Untuk Perkasa Syarikat Tempatan

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Dana Impak Khazanah Nasional Bhd telah menyalurkan pelaburan berjumlah RM2.6 bilion setakat 31 Disember, 2025, menyokong kira-kira 130 syarikat Malaysia dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia, serta lebih daripada 4,200 bakat.

MISC Sewa Kapal Pembawa LNG Baharu Th'ailib Kepada QatarEnergy Untuk 15 Tahun

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- MISC Group telah menyewa kapal pembawa gas asli cecair (LNG) generasi baharunya, Th'ailib, kepada QatarEnergy untuk selama 15 tahun mulai tahun ini.

AICB Gesa Perkukuh Perkongsian Risikan Tangani Jenayah Kewangan

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Institut Bank-Bank Bertauliah Asia (AICB) dan Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (CONG) menggesa perkongsian risikan yang lebih kukuh, penggunaan teknologi secara bertanggungjawab serta kerjasama lebih erat merentas ekosistem kewangan bagi menangani jenayah kewangan.

Pulau Pinang Peroleh Pelaburan Teknologi Perubatan RM2.3 Bilion, Sedia Hampir 4,500 Kerja

GEORGE TOWN, 6 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang memperoleh pelaburan diluluskan sebanyak RM2.3 bilion dalam sektor teknologi perubatan dari 2021 hingga suku pertama 2026, melibatkan 40 projek dan mewujudkan hampir 4,500 peluang pekerjaan, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Bacaan Kedua RUU Perbekalan 2027 Akan Dibentangkan Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jumaat ini, jam 3.30 petang.

Sektor Kewangan Halang Cubaan Transaksi Penipuan RM1.9 Bilion Pada Separuh Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Sektor kewangan berjaya menghalang cubaan transaksi penipuan bernilai kira-kira RM1.9 bilion pada separuh pertama 2026, melebihi daripada jumlah RM1.2 bilion yang disekat sepanjang 2025.

Pembangunan Pulau Carey, Midport Tidak Akan Jejaskan Pelabuhan Tanjung Pelepas - Loke

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembangunan pelabuhan Pulau Carey dan Midport tidak akan menjejaskan kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) kerana setiap pelabuhan mempunyai pengkhususan dan konsep pembangunan berlainan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Belanjawan 2027 Dibentang 3.30 Petang Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2027 yang bakal dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Jumaat ini, diawalkan kepada pukul 3.30 petang.

Industri Perbankan, PayNet Bakal Perkenal Sistem Amaran Penipuan, Ujian Rintis Pada Separuh Pertama 2027 - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Industri perbankan dan PayNet akan memperkenalkan keupayaan amaran penipuan meliputi seluruh industri, dengan ujian rintis melibatkan bank-bank terpilih disasarkan pada separuh pertama 2027.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Momentum Positif Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum positif Wall Street semalaman, memandangkan harga minyak yang terkawal susulan pemulihan eksport minyak mentah dari Asia Barat, mengimbangi trend penjualan berterusan dalam pasaran bon Perbendaharaan AS.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.