Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Pada 10.05 pagi, kontrak Oktober 2026 naik 10.50 mata kepada 1,633.50, November 2026 meningkat 8.0 mata kepada 1,632.50, Disember 2026 menambah 9.0 mata kepada 1,639.0, dan Mac 2027 menokok 9.5 mata kepada 1,625.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,798 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,282 kontrak.

Ad Banner

Pada 10.14 pagi, FBM KLCI melonjak 5.31 mata kepada 1,637.06 daripada 1,631.75 semasa ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner