8jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Favelle Favco Bhd (FFB), melalui anak syarikatnya, Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM88.8 juta daripada Saipem Offshore Construction SPA, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan OceanMight Sdn Bhd untuk membekalkan kren luar pesisir.
8jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) meminta kerajaan mengecualikan skim insurans pekerja berkelompok daripada cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus di bawah Belanjawan 2027.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Data yang menjadi asas kepada rangka kerja penetapan harga Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) MediAsas menunjukkan pembayar pihak ketiga menanggung bil hospital berjumlah RM3.9 bilion, manakala RM932 juta dibayar sendiri oleh pesakit.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) secara amnya kekal stabil dan mencatat pergerakan dalam julat kecil menjelang pengumuman data ekonomi penting pada minggu depan.
10jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia antara lima ekonomi ASEAN yang berpotensi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI), disokong oleh kekuatan masing-masing dalam sektor pembuatan dan infrastruktur digital.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh secara langsung Vantris Energy Bhd (Vantris Energy), iaitu VTEB Offshore Sdn Bhd (VOSB) memperoleh dua pesanan kerja pemasangan dan pengangkutan (T&I) luar pesisir dengan nilai gabungan kira-kira RM1.8 bilion.
13jam ago
Daripada Harlina Samson
HANGZHOU, 25 Sept (Bernama) -- Lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou, China bukan sekadar kunjungan diplomatik rutin, sebaliknya menjadi penanda aras baharu kepada kesinambungan hubungan strategik yang memperkukuh kerjasama pelbagai bidang kedua-dua negara.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Jenama air mineral Malaysia, Bubbles O2 dan jenama minuman dari Arab Saudi, Kinza bersetuju untuk meneroka peluang bagi mengeluarkan dan mengedarkan produk Kinza di Malaysia.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- PMB Investment Bhd hari ini mengumumkan agihan pendapatan empat sen seunit untuk PMB Shariah Premier Fund dan 3.20 sen seunit bagi PMB Shariah Equity Fund masing-masing bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2026 dan 30 Ogos 2026.
15jam ago
Oleh Nur Faradilla Mohamad
MERSING, 25 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan Program SejaTi MADANI memberi impak langsung kepada ekonomi komuniti Kampung Air Merah di sini apabila projek ternakan lebah kelulut yang disertai 13 peserta daripada golongan B40 dan asnaf berjaya menjana hasil jualan RM19,108 dalam tempoh lebih setahun.