Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Pada Jumaat
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.
Kontrak September 2026 susut 2.5 mata kepada 1,661.5, Oktober 2026 turun 8.0 mata kepada 1,655.0, Disember 2026 merosot 5.0 mata kepada 1,664.0 dan Mac 2027 berkurangan 5.5 mata kepada 1,647.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 97,180 lot daripada 21,129 pada Khamis manakala kepentingan terbuka menokok kepada 145,426 kontrak daripada 60,216 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 0.69 mata atau 0.04 peratus kepada 1,671.62 berbanding 1,672.31 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA