8hari ago
KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus tahun lepas iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
8hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan nilai pelaburan kalangan pelabur modal teroka mencecah sekitar RM700 juta selain pertambahan kira-kira 2,000 hingga 3,500 syarikat pemula aktif menjelang 2030 menerusi pelaksanaan inisiatif KL20.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat semikonduktor tempatan perlu menterjemahkan peruntukan Belanjawan 2027 dengan lebih banyak terlibat dalam aktiviti bernilai lebih tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) ketika Malaysia berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian bekalan semikonduktor global.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelaburan RM15 bilion dalam Belanjawan 2027 untuk memperkukuh grid elektrik negara bersama-sama dengan pelanjutan insentif cukai teknologi hijau sehingga 2030 serta mengukuhkan kepentingan menyelaraskan peluasan infrastruktur digital dengan ketersediaan tenaga dan kelestarian jangka panjang.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan penggubalan undang-undang baharu atau pindaan kepada perundangan berkaitan bagi membanteras amalan ‘rent-seeking’ dan fenomena Ali Baba untuk dibentangkan di Parlimen pada 2027, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi dan membangunkan kelebihan untuk bersaing di pentas serantau dan global.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17.15 bilion melibatkan 3.23 juta kes pembayar cukai bagi tempoh sehingga 30 September, 2026.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan projek air di Sarawak dijangka dapat dipercepat hasil daripada struktur tadbir urus yang diperkemas berikutan penggabungan agensi air di negeri itu.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Syarikat Bumiputera perlu berkembang daripada pembekal kepada rakan strategik, pemilik teknologi dan peneraju industri, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd memaklumkan pihak pengurusannya masih menilai inisiatif pasaran modal yang berpotensi, termasuk penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX), tetapi tiada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- S P Setia Bhd menyambut baik langkah dalam Belanjawan 2027 yang menyokong pemilikan rumah, pelaburan, pembangunan mampan serta daya tahan ekosistem pembinaan negara.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan gaji susulan Belanjawan 2027 perlu disokong peningkatan produktiviti, pelaburan perniagaan dan penggunaan teknologi bagi mengekalkan daya saing serta mewujudkan pekerjaan berkualiti, menurut CIMB Treasury and Markets Research.