BERITA TERKINI   PM Anwar kecam sistem antarabangsa kerana gagal menangani penderitaan rakyat Palestin | Kementerian Komunikasi sokong 'Sumud Protocol', akan bekerjasama dengan Gerakan Sumud Global terbitkan siri mini - Fahmi | Kerajaan MADANI komited perjuangkan rakyat Palestin, semua pihak perlu terus beri sumbangan - PM Anwar | ACLE: Pohang 0-2 JDT | 

Kerajaan Lunaskan Bayaran Balik Lebihan Cukai Berjumlah RM17.15 Bilion Setakat 30 September

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17.15 bilion melibatkan 3.23 juta kes pembayar cukai bagi tempoh sehingga 30 September, 2026.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.38 bilion telah dibayar balik kepada 3.1 juta pembayar cukai individu, manakala RM8.95 bilion telah dibayar balik kepada lebih 130,000 pembayar cukai syarikat, termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Dalam memperkukuh urusan bayaran balik lebihan cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah melaksanakan pelbagai strategi yang lebih adil dan saksama serta memastikan peruntukan bayaran balik daripada kerajaan dapat diagihkan secara teratur dan berkesan berdasarkan usia tunggakan kes dan turut memberi keutamaan kepada PMKS dan syarikat yang sedang menghadapi masalah aliran tunai.

Ad Banner

“Kerajaan juga komited untuk terus memastikan tunggakan bayaran balik dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan segera sebagai usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai dan memastikan hak pembayar cukai dilindungi, selaras dengan agenda reformasi fiskal Kerajaan MADANI,” menurut MoF dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

MoF menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (Bagan-PH) mengenai tempoh penyelesaian bayaran balik lebihan cukai dan pampasan dua peratus kepada pembayar cukai korporat bagi tahun taksiran 2025, serta jumlah tunggakan mengikut tahun taksiran dan bilangan pembayar cukai yang terlibat.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner