28hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Plus Xnergy Holding Sdn Bhd, unit BM GreenTech Bhd, telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) bagi mengambil alih sejuta saham biasa mewakili 100 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar NEFIN V Power Sdn Bhd (NVP) yang bernilai RM3.6 juta.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 2.75 peratus Khamis ini berikutan penurunan harga minyak dunia telah mengurangkan risiko inflasi.
29hari ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd berharap kerajaan dapat mengecualikan jongkong emas tempa import daripada duti import 10 peratus bagi memastikan pelaburan emas kekal mampu dimiliki rakyat.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 3 Julai (Bernama) -- Ekonomi Pulau Pinang berkembang 7.3 peratus pada 2025 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM130.3 bilion berbanding RM121.4 bilion pada tahun sebelumnya, disokong prestasi kukuh sektor pembuatan dan perkhidmatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Eckem Holdings Bhd menjangka permintaan terhadap bahan kimia industri khususnya kekal berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan pesat pusat data yang dipacu kecerdasan buatan (AI).
1bulan ago
KEPALA BATAS, 2 Julai (Bernama) -- Ideal Property Group berjaya menyiapkan semua kerja-kerja infrastruktur di Taman Teknologi Pulau Pinang @ Bertam seluas 880 ekar (323.7 hektar), dengan pembangunan tersebut mencapai proses penyerahan penuh selepas mercu tanda pintu masuknya siap dibina.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- IPP Financial Advisers (IPPFA) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia pada 4.6 peratus meskipun dalam senario ketidaktentuan global.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Sabah berjaya mencatatkan prestasi ekonomi lebih kukuh pada 2025 apabila keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negeri berkembang sebanyak 5.1 peratus berbanding 1.2 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- HSBC Private Bank and Premier Wealth menetapkan sasaran akhir tahun pada 1,850 mata bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), menunjukkan kenaikan kira-kira 10 peratus daripada paras semasa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan kelemahan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
CANBERRA, 1 Julai (Bernama) -- Perjanjian usaha sama strategik (JVA) antara Weststar Group dan Rocket Technologies International Pty Ltd, Australia dijangka memberi sumbangan penting kepada perdagangan dua hala serta pertumbuhan ekonomi antara Malaysia dan Australia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kolaborasi dengan Itali dan rakan kongsi Eropah yang lain akan memainkan peranan penting dalam menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.