BERITA TERKINI   Tiga individu termasuk nenek tiri ditahan kes bunuh cucu perempuan berusia satu tahun empat bulan di Kota Tinggi pada 2 Ogos - Ketua Polis Johor | Kerajaan akan laksanakan reformasi dan islah sedayanya termasuk perkukuhkan Akta TH dan tadbir urus - Dr Zulkifli | TH beli tanah di TRX daripada 1MDB, dengan persoalan timbul apabila CEO TH merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB | TH labur dalam Putrajaya Perdana, pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana dan syarikat terkait dalam urus niaga 1MDB dengan kerugian RM145.3 juta | Al-Rawda diarah bayar SAR899 juta, namun hanya bayar sebahagian apabila didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan, sebanyak SAR14.9 juta sebelum gagal mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian | 

Singapura Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Kepada 4.5 Hingga 5.5 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura bagi 2026 kepada antara 4.5 dan 5.5 peratus, meningkat daripada unjuran awal iaitu 2.0 hingga 4.0 peratus.

Unjuran itu berdasarkan kepada prestasi separuh pertama 2026 yang lebih baik daripada jangkaan, serta prospek yang bertambah baik berikutan kenaikan pantas dalam perbelanjaan modal berkaitan kecerdasan buatan (AI) global.

Ad Banner

MTI memaklumkan ekonomi Singapura berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada suku kedua tahun ini menjadikan pertumbuhan separuh pertama kepada 6.1 peratus tahun ke tahun.

Menurutnya, pertumbuhan KDNK suku kedua yang memberangsangkan itu dipacu oleh prestasi kukuh sektor pembuatan, perdagangan borong, serta kewangan dan insurans.

“Ini terutamanya disebabkan permintaan global yang kukuh berkaitan AI telah meningkatkan pertumbuhan dalam kluster elektronik dan kejuruteraan jitu sektor pembuatan, serta segmen jentera, peralatan dan bekalan dalam sektor perdagangan borong.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Sementara itu, pertumbuhan dalam sektor kewangan dan insurans didorong oleh segmen perbankan berikutan pertumbuhan kredit yang kukuh serta aktiviti yang menjana pendapatan fi," tambahnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut MTI, ledakan pelaburan global berkaitan AI adalah lebih kukuh daripada jangkaan dan peningkatan pantas dalam perbelanjaan modal berkaitan AI dijangka meningkatkan prospek pertumbuhan ekonomi yang terlibat dalam rantaian nilai teknologi global.

Kesan ekonomi daripada konflik di Asia Barat juga kurang teruk berbanding apa yang dibimbangkan pada awalnya, tambahnya.

Bagaimanapun, ketegangan yang berterusan di rantau itu, ditambah dengan paras inventori minyak global yang lebih rendah, dijangka terus mengekalkan harga tenaga dan bahan input penting lain pada paras yang tinggi pada separuh kedua 2026.

Kementerian itu menegaskan bahawa risiko penurunan dalam ekonomi global masih kekal, seperti meningkatnya konflik di Asia Barat secara berterusan, pengenaan tarif tambahan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sentimen mengelak risiko secara mendadak dalam pasaran kewangan.

“Dalam konteks ini, prospek 2026 bagi sektor ekonomi Singapura yang berkaitan dengan kitaran teknologi dipacu AI telah bertambah baik walaupun prospek bagi sektor yang terjejas secara langsung disebabkan gangguan bekalan akibat konflik di Asia Barat masih kekal lemah.

"Sementara itu, tarif AS dijangka terus memberi tekanan kepada eksport ekonomi yang terjejas," tambahnya.

-- BERNAMA