BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan Red Warrior FC 2-5 Star City FC | 

Terdapat 343 berita berdasarkan kata kunci carian " kenya"

LIAM Sambut Baik Subsidi MediAsas RM200 Untuk Pekerja PKS Yang Layak

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) memaklumkan bahawa subsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 daripada kerajaan di bawah pelan MediAsas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak akan membantu meluaskan akses kepada perlindungan perubatan asas dalam kalangan pekerja.

Langkah-langkah Belanjawan 2027 Akan Sokong Pemilikan Rumah, Pertumbuhan Hartanah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengecualian duti setem untuk pemulihan dalam projek-projek  perumahan terbengkalai akan membantu memudahkan projek dihidupkan semula dan memberikan bantuan yang amat diperlukan kepada pembeli yang terjejas, kata Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Kemudahan Pembiayaan RM57 Bilion Menerusi Belanjawan 2027 Sokong Pertumbuhan Perniagaan — FMM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Peningkatan jumlah kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan kepada RM57 bilion pada 2027 akan memperkukuh akses perniagaan kepada pembiayaan serta menyokong keperluan pelaburan mereka, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Belanjawan 2027 Pacu Pertumbuhan Pasaran Modal Negara – SC

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah utama yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka memperkukuh usaha Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memacu pertumbuhan ekonomi melalui pembentukan dan penggemblengan modal yang cekap.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Tiada Pengumuman Pengecualian Duti Eksport

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat, memandangkan pengecualian duti eksport bagi komoditi tersebut tidak direalisasikan dalam Belanjawan 2027.

Pelaburan Grid TNB RM15 Bilion Sokong Kestabilan Bekalan Tenaga, Pertumbuhan Industri -- Solarvest

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pelaburan RM15 bilion oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam grid nasional yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 hari ini menangani keutamaan dan keperluan kritikal bagi memastikan infrastruktur itu dapat menyokong bekalan tenaga yang boleh dipercayai serta peluasan sektor perindustrian.

Kenaikan Gaji Minimum Satu Pembaharuan Penting Bagi Pasaran Tenaga Kerja - KWSP

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kenaikan kadar gaji minimum kepada RM2,000 merupakan satu reformasi penting terhadap pasaran tenaga kerja yang akan meningkatkan kesejahteraan pekerja, sekali gus menyokong kecukupan simpanan persaraan yang lebih baik bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

DRB-HICOM Sambut Baik Insentif Potongan Cukai RM5 Juta Bagi AHTV Melalui Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Potongan cukai sehingga RM5 juta bagi vendor automotif Malaysia yang berpindah ke Lembah Berteknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak akan mempercepat pembangunan hab automotif itu serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan automotif serantau, menurut DRB-HICOM.

Grab Sasar Tingkatkan Pendapatan Pekerja Gig Tanpa Jejaskan Tambang

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Grab menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan pemandu e-hailing dan rakan penghantaran p-hailing mulai tahun ini (2027) tanpa menjejaskan tambang penumpang, di bawah cadangan rangka kerja pendapatan minimum.

CILTM Sabah Gesa Logistik Dimasukkan Dalam Pelan Induk Pengangkutan Negeri

LABUAN, 9 Okt (Bernama) --  Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Seksyen Sabah menggesa supaya sektor logistik dimasukkan secara jelas dalam cadangan Pelan Induk Pengangkutan Mampan Sabah.

Jualan Sektor Pembuatan Naik 9.9 Peratus Kepada RM185.0 Bilion Pada Ogos 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan meningkat 9.9 peratus tahun ke tahun kepada RM185 bilion pada Ogos 2026 berbanding pertumbuhan 9.1 peratus yang dicatatkan pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Malaysia Meningkat 10.5 Peratus Kepada RM173 Bilion Pada Ogos -- DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan sebanyak RM173 bilion pada Ogos 2026, meningkat 10.5 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).