BERITA TERKINI   Dua wanita maut kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan lori di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam,Johor petang tadi - Bomba | Piala FA: JDT 4-1 Penang FC | Belanjawan 2027 bukti komitmen kerajaan tangani permasalahan rakyat khususnya golongan M40 - TPM Ahmad Zahid | Belanjawan 2027: Kerajaan setuju naikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari daripada 360 hari | Belanjawan 2027: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, manfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan | 

DRB-HICOM Sambut Baik Insentif Potongan Cukai RM5 Juta Bagi AHTV Melalui Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Potongan cukai sehingga RM5 juta bagi vendor automotif Malaysia yang berpindah ke Lembah Berteknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak akan mempercepat pembangunan hab automotif itu serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan automotif serantau, menurut DRB-HICOM.

Di bawah Belanjawan 2027, syarikat vendor automotif milik tempatan sepenuhnya yang memindahkan operasi ke AHTV layak mendapat potongan cukai sehingga RM5 juta bagi perbelanjaan penempatan semula yang memenuhi syarat, yang ditanggung antara 1 Jan 2027 hingga 31 Dis 2030.

Pengarah Urusan kumpulan DRB-HICOM Tan Sri Syed Faisal Albar berkata insentif itu merupakan satu lagi langkah penting ke arah merealisasikan aspirasi jangka panjang AHTV untuk menjadi hab bagi kenderaan generasi baharu dan kenderaan cekap tenaga.

Ad Banner

“Dengan membantu mengurangkan kos penempatan semula, insentif ini akan menggalakkan lebih banyak vendor automotif Malaysia menubuhkan operasi di Tanjong Malim serta mempercepat pertumbuhan ekosistem automotif di AHTV.

“Kehadiran lebih ramai vendor akan memperkukuh rantaian bekalan tempatan, menyokong pembangunan mobiliti generasi baharu dan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan automotif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penekanan lebih meluas terhadap teknologi, pembangunan bakat, infrastruktur kenderaan elektrik (EV) dan pembinaan keupayaan perindustrian akan terus memperkukuh pembangunan AHTV.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut Syed Faisal langkah untuk menyokong infrastruktur pengecasan EV, pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) dan peningkatan produktiviti akan membantu mewujudkan ekosistem yang lebih kukuh bagi membolehkan AHTV merealisasikan potensi sepenuhnya sebagai hab automotif serantau.

-- BERNAMA