2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kekuatan dalam saham telekomunikasi dan peningkatan semula di kaunter perbankan wajaran tinggi yang mengekalkan indeks penanda aras dalam lingkungan positif walaupun sentimen pasaran secara keseluruhan dalam mod berhati-hati.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- IPP Financial Advisers (IPPFA) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia pada 4.6 peratus meskipun dalam senario ketidaktentuan global.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menurun 0.43 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian, mengakhiri kenaikan yang dicatatkan sebelum ini berikutan gelombang jualan pada akhir sesi dagangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Tiada bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan dibuat kepada pekebun kecil getah pada Jun 2026 memandangkan purata harga bulanan ladang untuk getah sekerap kekal melebihi ambang pengaktifan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- REDtone Digital Bhd melanggan nota jangka sederhana (MTN) bernilai RM13 juta yang diterbitkan oleh anak syarikat Berjaya Corporation Bhd, Berjaya IPS Equity Sdn Bhd.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan Isnin dengan indeks petunjuk utama mengatasi penurunan awal selepas melantun daripada paras terendah intra harian di tengah-tengah aktiviti jualan ketara pada sesi pagi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SRKK AI Bhd bagi bahagian awam terlebih langgan sebanyak 312.3 kali menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Penyedia produk pastri dan bakeri, RT Pastry Holdings Bhd yang mencatat kemunculan pertama di Pasaran ACE, menyasarkan untuk menyalurkan modal terkumpul daripada tawaran awam permulaan (IPO) bagi memperluas operasi ke Pantai Timur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Penyenggara penerbangan, GTA Holdings Bhd mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, disokong peningkatan semula saham perbankan pada minit-minit terakhir yang seterusnya mendorong kenaikan indeks penanda aras kepada paras positif, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Enest Group Bhd (Enest) yang disenaraikan di Pasaran LEAP menyasarkan untuk mengumpul RM15.11 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) sebagai sebahagian daripada pemindahannya ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan dalam saham produk perindustrian dan perkhidmatan mengatasi keuntungan dalam sektor telekomunikasi, kata seorang penganalisis.