BERITA TERKINI   Bayaran STR Fasa 3 disalurkan secara berperingkat mulai hari ini kepada 5.3 juta penerima, libatkan peruntukan RM1.2 bilion - MOF | Formula 1: Tiket MADANI untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses tiga hari acara - PM Anwar | PM Anwar sangkal dakwaan anaktirikan negeri, peruntukan meningkat bawah pentadbirannya | PM Anwar mahu penyampaian maklumat, komunikasi kerajaan dipertingkat | Perbuatan 'sakau’ dalam Tabung Haji memang berlaku - PM Anwar | 

Tiada Bayaran Insentif Pengeluaran Getah Untuk Jun 2026 -- LGM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Tiada bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan dibuat kepada pekebun kecil getah pada Jun 2026 memandangkan purata harga bulanan ladang untuk getah sekerap kekal melebihi ambang pengaktifan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menurut satu kenyataan daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM), IPG diaktifkan hanya apabila purata harga ladang getah sekerap setiap bulan turun di bawah RM3 sekilogram.

Harga purata ladang getah sekerap pada Jun 2026 ialah RM3.95 sekilogram di Semenanjung Malaysia, RM3.65 sekilogram di Sabah dan RM3.50 sekilogram di Sarawak.

Ad Banner

IPG untuk lateks diaktifkan serentak dengan IPG untuk getah sekerap dan ditetapkan pada RM0.90 sekilogram untuk lateks dengan kandungan getah kering 100 peratus.

Oleh itu, tiada bayaran IPG akan dibuat untuk getah sekerap dan lateks bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Jun 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner