BERITA TERKINI   MPOB berjaya komersialkan lebih 240 teknologi dengan potensi nilai pasaran melebihi RM6 bilion buktikan penyelidikan sawit negara terus relevan dengan keperluan industri - Noraini | Hampir semua negeri terima peruntukan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding hasil cukai, kecuali Selangor dan Pulau Pinang - PM Anwar | Isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang merupakan keputusan kerajaan negeri masing-masing - PM Anwar | PM Anwar tegaskan sebarang pengumuman projek, dasar baharu selepas penamaan calon pada mana-mana pilihan raya tidak dibenarkan | Pelaksanaan dasar nasional seperti penyasaran subsidi diesel diteruskan ikut jadual ditetapkan, bukan bertujuan pengaruhi pilihan raya - PM Anwar  | 

IPO SRKK AI Terlebih Langgan 312.3 Kali, Tertinggi Di Bursa Malaysia Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SRKK AI Bhd bagi bahagian awam terlebih langgan sebanyak 312.3 kali menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai 2026.

Penyedia penyelesaian transformasi digital itu memaklumkan ia menerima 29,428 permohonan bernilai RM1.4 bilion bagi 14.2 juta saham yang diperuntukkan kepada pelabur awam Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan kadar terlebih langganan sebanyak 312.3 kali merupakan yang tertinggi dicatatkan bagi IPO di Bursa Malaysia setakat tahun ini.

Ad Banner

Menurutnya, jumlah langganan runcit bernilai RM1.4 bilion bagi IPO SRKK AI juga antara yang tertinggi pernah direkodkan bagi bahagian awam runcit di Bursa Malaysia pada 2026.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Yew Lip Sin berkata sambutan luar biasa itu akan mempercepat pembangunan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) syarikat serta menyokong peluasan perkhidmatannya kepada lebih 1,600 pelanggan sedia ada setakat tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

“Bersandarkan rekod pencapaian kami dalam mengintegrasikan AI dalam operasi korporat serta pelan strategik yang bakal dilaksanakan, IPO ini membolehkan kami memanfaatkan potensi besar pasaran AI di Asia Tenggara dengan lebih berkesan,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

SRKK AI dijangka meraih hasil sebanyak RM20.48 juta menerusi IPO berkenaan, dengan RM4 juta diperuntukkan bagi inisiatif pertumbuhan strategik AI, RM1.84 juta untuk pengembangan perniagaan di Indonesia dan RM3.7 juta bagi penubuhan Pusat Operasi Keselamatan (SOC) dalaman.

Selain itu, RM1.8 juta akan digunakan untuk aktiviti penjenamaan, pemasaran dan promosi, RM4.64 juta sebagai modal kerja, manakala baki RM4.5 juta diperuntukkan bagi menampung kos penyenaraian.

-- BERNAMA