BERITA TERKINI   Anggota kabinet perlu melihat anjakan dasar utama yang diperlukan untuk mengukuhkan daya tahan negara, industri dan ekonomi – PM Anwar | Kerajaan menggalakkan syarikat tempatan merangka strategi jangka panjang bagi mengembangkan ekonomi negara tanpa meningkatkan import - Johari | Pemulihan gangguan aplikasi TuJu disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 Nov - TuJu | TuJu mohon maaf kepada pengguna yang alami gangguan pada fungsi navigasi sejak beberapa hari lalu | Istana Negara teliti inisiatif bantu remaja yang berdepan tekanan emosi, masalah kesihatan mental | 

Terdapat 1060 berita berdasarkan kata kunci carian "erl"

Bank Islam Peruntuk RM6 Juta Setahun Biayai Pendidikan, Usahawan

KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad memperuntukkan RM6 juta setahun menerusi Program Sadaqa House bagi membiayai pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan usahawan di seluruh negara.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketegangan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran serantau lain apabila ketegangan yang memuncak di Asia Barat serta harga minyak tinggi telah menjejaskan sentimen.

Pembaharuan Pembiayaan Mesti Seiring Peningkatan Keperluan Penjagaan Kesihatan -- Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pembaharuan pembiayaan mesti seiring dengan peningkatan keperluan penjagaan kesihatan serta menyediakan akses penjagaan kesihatan yang mampu dibiayai sepanjang hayat, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

YPU Sedia Hab Digital Niaga Perkukuh Pemasaran Usahawan Tempatan

KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mengambil inisiatif menyediakan Hab Digital Niaga Terengganu bagi memperkukuh keupayaan usahawan tempatan serta memperluas pemasaran produk mereka menerusi platform digital.

New Delhi Perketat Keselamatan, Protokol Trafik Sempena Perjumpaan Pemimpin BRICS

Daripada M.Saraswathi

NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Sempena Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di sini, New Delhi mempertingkat kawalan keselamatan serta mengetatkan protokol pergerakan termasuk lencongan lalu lintas di sepanjang laluan utama di bandar ini bagi memastikan pergerakan lancar para pemimpin.

Malaysia Perkukuh Kehadiran Dalam Pasaran China Di CAEXPO 2026

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka memperkukuh penglibatan dagangannya di China menerusi penyertaan 67 syarikat Malaysia pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-23 2026, dalam usahanya memanfaatkan peluang perdagangan yang semakin berkembang dan memperluas akses pasaran bagi pengeksport.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan yang berterusan dalam ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat, harga minyak mentah yang tinggi dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.

Malaysia Sasar Skor Pelaksanaan Berkesan ICAO Sebanyak 90 Peratus Menjelang 2028

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan skor Pelaksanaan Berkesan (EI) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sekurang-kurangnya 90 peratus menjelang Disember 2028 di bawah Pelan Keselamatan Penerbangan Malaysia 2026-2028 yang dilancarkan hari ini.

PNB Labur Hampir RM570 Juta Sejak 1996 Bangunkan Bakat Untuk Kemajuan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melabur sebanyak hampir RM570 juta dalam pendidikan sejak 1996 menerusi Program Biasiswa PNB bagi membangunkan bakat yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Hab Pengetahuan MIHAS Berkembang Jadi Platform Sepanjang Tahun - MATRADE

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memperluas Hab Pengetahuan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) menjadi platform risikan perdagangan sepanjang tahun untuk memacu daya saing global pengeksport Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Seiring Prestasi Suram Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang secara keseluruhannya lemah semalaman susulan kenaikan harga minyak mentah dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Ringgit Kekal Tidak Berubah Berbanding Dolar AS Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS ketika dagangan dibuka pada Khamis dan para pelabur menunggu data indeks harga pengguna (IHP)  Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat.