6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kumpulan CapBay mencatatkan jumlah pembiayaan kumulatif melebihi RM6 bilion sejak 2016, dengan menerbitkan 45,000 nota pembiayaan kepada lebih daripada 2,700 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia merentasi 20 industri.
6hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh persekitaran perniagaan, kepastian dasar dan daya tahan ekonomi bagi menarik pelaburan jangka panjang, dengan jumlah pelaburan langsung asing dan domestik mencatat paras tertinggi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerjasama antara perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dengan Alibaba.com penting untuk membantu perniagaan tempatan menembusi pasaran global, khususnya industri halal, menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan platform perdagangan digital.
6hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt (Bernama) -- Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Sabah menyambut baik maklum balas positif Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah terhadap cadangannya supaya sektor logistik dimasukkan secara khusus dalam Pelan Induk Pengangkutan Mampan Sabah yang sedang dirancang.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang mempercepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan harta intelek (IP) Arm Ltd berlandaskan asas pembuatan semikonduktor yang dibangunkan selama 50 tahun.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berpotensi memperoleh kelebihan daya saing sekiranya berjaya membangunkan kumpulan tenaga kerja yang mahir dalam kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber, menurut Kaspersky.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- RHB Bank Bhd mengekalkan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2027 untuk Malaysia pada 4.9 peratus, berikutan pembentangan Belanjawan 2027.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Selangor disasarkan menjadi hab industri penjagaan warga emas di peringkat negeri dan ASEAN menjelang 2030 serta bersedia untuk menghadapi negara menua, menurut Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Anfaal Saari.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang hari ini memeterai 12 perjanjian komitmen pelaburan bernilai RM421 juta pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026, melibatkan kerjasama dalam beberapa sektor ekonomi yang berpotensi merancakkan pembangunan negeri itu.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia mahu lebih banyak syarikat kreatif digital tempatan membangunkan harta intelek (IP) sendiri, membina francais yang berjaya dan menembusi pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
6hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bantuan kepada usahawan wanita menerusi Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti pengeluaran dan peluasan akses pasaran bagi membolehkan perniagaan mereka berkembang di dalam negara serta menembusi pasaran ASEAN.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM8 bilion bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Belanjawan 2027 berpotensi menjadi pemangkin pertumbuhan industri penerbangan dan automotif negara.