Terdapat 463 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan"

Grab Sasar Tingkatkan Pendapatan Pekerja Gig Tanpa Jejaskan Tambang

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Grab menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan pemandu e-hailing dan rakan penghantaran p-hailing mulai tahun ini (2027) tanpa menjejaskan tambang penumpang, di bawah cadangan rangka kerja pendapatan minimum.

Unjuran KDNK 2027 Pada 4.2-5.2 Peratus Ambil Kira Ketidaktentuan Global - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2027 antara 4.2 peratus hingga 5.2 peratus dibuat setelah mengambil kira ketidaktentuan global termasuk isu yang masih bergolak di luar negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Disokong Pemangkin Baharu Daripada Belanjawan 2027

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh keyakinan pasaran dan aktiviti belian yang berterusan susulan pengumuman Belanjawan 2027 yang menyediakan pemangkin baharu kepada pasaran.

Kerajaan Sedia Pembiayaan Mudah RM200 Juta Bagi Kos Tanaman Semula Sawit

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan kemudahan pembiayaan mudah bernilai RM200 juta kepada pekebun kecil bagi membiayai kos penanaman semula kelapa sawit dengan keluasan kawasan sehingga 40 hektar.

Kerajaan Akan Perkenal Sukuk Simpanan Runcit Bertoken - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif Sukuk Simpanan Runcit Bertoken, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembiayaan Mikro Ditingkatkan Kepada RM6.6 Bilion Tahun Ini, Bantu Tambah Pendapatan Pengusaha Kecil

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bagi tahun 2027, pembiayaan mikro ditingkatkan kepada RM6.6 bilion bagi membantu pengusaha kecil menambah pendapatan melalui perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

JS-SEZ Tarik RM132 Bilion Pelaburan Sehingga Jun 2026 - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang menggabung kekuatan Malaysia dan Singapura merekodkan pelaburan sejumlah RM132 bilion dari 2025 hingga Jun 2026, kata  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BNM Tambah RM5 Bilion Bantu PKS Terkesan Konflik

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju menambah RM5 bilion kepada peruntukan sedia ada sebanyak RM5 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat konflik di Asia Barat mendapatkan pembiayaan perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2027: Jaminan Pinjaman Dan Pembiayaan Untuk PMKS Naik Ke RM57 Bilion

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan meningkatkan jumlah keseluruhan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada RM57 bilion pada 2027 berbanding RM50 bilion sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khazanah, KWAP Sedia Pelaburan RM450 Juta Untuk Syarikat Pemula Niaga - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyediakan pelaburan berjumlah RM450 juta bagi menyokong pembangunan syarikat pemula niaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teknologi Hijau Layak Elaun Cukai Pelaburan Sehingga 100 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan melanjutkan dan menambah baik galakan cukai bagi sektor teknologi hijau sehingga 31 Dis, 2030 bagi menggalakkan lebih banyak syarikat melabur dalam teknologi hijau dan lestari, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PMKS: Perkukuh Ekonomi Islam, Kerajaan Sedia Geran Padanan Sehingga RM5,000 Bagi Sijil Halal

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mendapatkan sijil halal bagi kali pertama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.