Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Belanjawan kelima Kerajaan MADANI pimpinan beliau itu berpaksikan tekad memastikan pertumbuhan bernilai tinggi diterjemahkan secara saksama demi kesejahteraan rakyat, selain memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Akan Perkenal Sukuk Simpanan Runcit Bertoken - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif Sukuk Simpanan Runcit Bertoken, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, melalui teknologi blockchain, rakyat biasa boleh melabur dalam sukuk kerajaan dan memilih sama ada dana yang dikumpulkan disalurkan untuk pendidikan, kesihatan atau perlindungan sosial bagi golongan miskin.
"Bermakna, rakyat turut dilibatkan dalam membiayai keutamaan negara yang mereka mahu biayai," kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
-- BERNAMA