BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Kerajaan setuju naikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari daripada 360 hari | Belanjawan 2027: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, manfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan | Belanjawan 2027: Daripada RM50.2 bilion, RM25.0 bilion pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun dan Syarikat MKD -- PM Anwar | Belanjawan 2027: Daripada RM50.2 bilion, RM25.0 bil pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun dan Syarikat MKD -- PM Anwar | Belanjawan 2027:  RM2.3 bilion diperuntukkan untuk bina dan selenggara kuarters penjawat awam termasuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba | 

Pembiayaan Mikro Ditingkatkan Kepada RM6.6 Bilion Tahun Ini, Bantu Tambah Pendapatan Pengusaha Kecil

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bagi tahun 2027, pembiayaan mikro ditingkatkan kepada RM6.6 bilion bagi membantu pengusaha kecil menambah pendapatan melalui perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan bersetuju menyediakan geran Sejahtera MADANI untuk peralatan dan latihan kepada 40,000 penerima khususnya wanita dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.

"Tahun depan, sejumlah RM3 bilion Dana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang tersedia bagi membantu 360,000 pengusaha.

Ad Banner

"Dana pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) pula akan ditingkatkan kepada RM1.3 bilion untuk menyokong pembangunan usahawan Bumiputera," kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk kaum India, pembiayaan di bawah TEKUN dan AIM turut ditingkatkan kepada RM150 juta.

Di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) pula, pembiayaan mikro disediakan sebanyak RM1.7 bilion, agihan khusus disediakan untuk manfaat golongan belia, pekerja gig, penjaja dan golongan rentan, katanya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA