Terdapat 300 berita berdasarkan kata kunci carian "tiv"

Firma Aeroangkasa Perancis Digesa Perluas Pemerolehan Tempatan Untuk Perkukuh Industri - Johari

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggesa syarikat aeroangkasa Perancis untuk memperluas pemerolehan tempatan dan bekerjasama rapat dengan pembekal Malaysia bagi membantu memperkukuh industri aeroangkasa domestik.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham teknologi susulan perkembangan berkaitan Nvidia serta syarat pelesenan yang lebih ketat oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) termaju.

APEC Gariskan Empat Keutamaan Bagi Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Serantau

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 17 Nov (Bernama) -- Rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memperkukuh tindakan dasar yang diselaraskan bagi mendepani pelbagai tekanan ekonomi, termasuk kenaikan harga tenaga, perpecahan geopolitik dan keadaan kewangan yang mencabar.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Berwaspada Menjelang Pengumuman KDNK, Kebimbangan Mengenai Nvidia

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dalam sentimen pasaran yang suram berikutan kebimbangan mengenai Nvidia Corporation dan langkah berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) esok yang menyebabkan pedagang tidak memasuki pasaran.

KDNK Suku Ketiga Dijangka Kekal 5.3 Peratus - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2026 dijangka kekal pada 5.3 peratus, selaras dengan anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, susulan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih lemah, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjejaki Kelemahan COMEX

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini sejajar dengan kelemahan dalam prestasi Bursa Komoditi AS (COMEX).

Shenzhen Jadi Tumpuan Utama Pemimpin APEC, Bincang Masa Depan Ekonomi Asia-Pasifik

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Bandar Shenzhen di selatan China bakal menjadi tumpuan diplomasi ekonomi serantau apabila para pemimpin daripada 21 ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) berhimpun di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33 untuk merangka hala tuju ke arah perdagangan, inovasi, dan kerjasama serantau yang lebih kukuh.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin.

Kaspersky Saran Perniagaan Bentuk Saluran Pengesahan Susulan Gangguan IT

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber Kaspersky berkata organisasi perlu mewujudkan saluran komunikasi yang disahkan dan mengukuhkan langkah keselamatan siber untuk melindungi kakitangan serta pelanggan daripada potensi penipuan semasa gangguan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) yang besar.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin walaupun terdapat kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin mengakhiri penurunan lima hari berturut-turutnya, disokong oleh aktiviti membeli saham mewah terpilih, kata seorang penganalisis.