BERITA TERKINI   Malaysia dan Perancis setuju tingkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik - Macron | Malaysia dan Perancis akan melancarkan pusat bersama bagi menangani ancaman hibrid - Macron | Malaysia dan Perancis jalin kerjasama dalam bidang pemprosesan mineral kritikal, pemindahan teknologi - Anwar | Anwar puji Macron kerana ambil kira kebimbangan Malaysia serta mengiktiraf negara ini sebagai rakan kongsi setara | Malaysia, Perancis akan rangka pelan hala tuju kerjasama industri pertahanan – Macron | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin walaupun terdapat kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Harga disokong oleh harga penanda aras minyak mentah yang stabil serta jangkaan peningkatan permintaan kenderaan menjelang akhir tahun di China dan pasaran-pasaran utama yang lain.

Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, kenaikan harga adalah terhad akibat kebimbangan terhadap aktiviti ekonomi China yang semakin perlahan serta peningkatan harga pengeluar di Amerika Syarikat, mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat akan menaikkan lagi kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga SMR 20 naik 6.0 sen kepada 1,021.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 1.5 sen kepada 778.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner