Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham teknologi susulan perkembangan berkaitan Nvidia serta syarat pelesenan yang lebih ketat oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) termaju.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 13.57 mata kepada 1,574.46 daripada 1,588.03 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka rendah 3.42 mata kepada 1,584.61 bergerak antara 1,574.08 dan 1,585.10 semasa sesi dagangan pagi.
Keseluruhan pasaran juga kekal negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 892 berbanding 204 manakala 351 kaunter tidak berubah, 1,336 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 2.65 bilion unit bernilai RM1.62 bilion.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan, FBM KLCI berdepan tekanan susulan penjualan saham teknologi di Wall Street manakala syarat pelesenan AS yang lebih ketat terhadap cip AI termaju menambah ketidaktentuan terhadap prospek sektor pusat data Malaysia.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 10 sen kepada RM9.97, CIMB merosot 12 sen kepada RM7.04, Tenaga Nasional menurun 14 sen kepada RM12.60 manakala Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.56 dan IHH Healthcare naik sembilan sen kepada RM8.05.
Bagi dagangan aktif, MMAG Holdings tidak berubah pada 2.5 sen, MYDCD susut 14 sen kepada 42 sen, GIIB menurun setengah sen kepada 17.5 sen, VS Industry merosot tiga sen kepada 24.5 sen namun Zetrix AI meningkat setengah sen kepada 6.5 sen.
Dalam kalangan saham paling untung, Nestle naik 56 sen kepada RM94.98, Hengyuan meningkat 19 sen kepada RM3.04, United Plantations naik 18 sen kepada RM31.60, Mega Fortris menokok 16 sen kepada RM1.77 dan Kuala Lumpur Kepong meningkat 12 sen kepada RM21.22.
Saham paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries yang menyusut RM1.08 kepada RM36.52, MN Holdings dan UWC masing-masing rendah 62 sen kepada RM2.74 dan RM5.55, ViTrox menurun 58 sen kepada RM9.02 manakala Kelington Group susut 57 sen kepada RM6.90.
Sementara itu, Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) bagi saham Critical Holdings Bhd (CHB) untuk baki sesi dagangan hari ini selepas harga terakhir diniagakan kaunter itu menyusut lebih 15 peratus atau 15 sen berbanding harga rujukannya.
Bursa Malaysia dalam pengumuman hari ini memaklumkan aktiviti IDSS bagi kaunter itu akan disambung semula pada Rabu, 18 November, 8.30 pagi.
Dalam pasaran lebih luas, Indeks FBM Emas susut 157.79 mata kepada 11,603.76, Indeks FBM ACE merosot 280.54 mata kepada 4,724.31, Indeks FBM Emas Shariah menurun 177.13 mata kepada 11,526.31, Indeks FBM Mid 70 susut 394.43 mata kepada 16,368.88 dan Indeks FBM Top 100 rendah 143.54 mata kepada 11,454.19.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 91.02 mata kepada 18,448.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menurun 3.38 mata kepada 166.57, Indeks Tenaga merosot 19.93 mata kepada 757.22 manakala Indeks Perladangan meningkat 12.86 mata kepada 8,863.82.
-- BERNAMA