4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd (Mah Sing), iaitu Southville City Sdn Bhd (Southville City) memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan WG Malaysia X Sdn Bhd bagi cadangan penjualan tanah seluas 31.88 hektar di Dengkil, Selangor bernilai RM617.86 juta.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Kossan Rubber Industries Bhd (Kossan) bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) meningkat lebih dua kali ganda kepada RM64.47 juta berbanding RM31.15 juta pada suku kedua 2025, disokong oleh prestasi lebih baik di semua bahagiannya.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menaikkan unjuran harga purata 2026 bagi kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) bulan terdekat yang disenaraikan di Bursa Malaysia kepada RM4,453 satu tan daripada RM4,300 satu tan yang dikekalkan sejak Oktober 2025.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif pasaran serantau susulan pemulihan Wall Street semalaman.
5hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mencatatkan penurunan untung bersih kepada RM72.52 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM99.12 juta pada suku yang sama tahun lepas, susulan hasil lebih rendah berikutan penurunan harga jualan purata gas asli.
5hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, walaupun dolar Amerika Syarikat (AS) susut menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS lewat malam ini.
5hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini walaupun dolar US melemah menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan penurunan saham teknologi telah menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah dijangka kekal kukuh melebihi RM4,600 satu tan pada September, disokong oleh asas bekalan yang semakin ketat dan gangguan geopolitik yang berterusan terhadap aliran perdagangan global, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).