BERITA TERKINI   Google akan bina takungan air dan loji rawatan berkapasiti 65 juta liter sehari di Selangor - Anwar | Malaysia perlu memastikan manfaat AI tidak hanya menguntungkan golongan elit, manakala sebahagian besar masyarakat terus ketinggalan - Anwar | Google melabur US$15 bilion di Malaysia, menyokong pusat data dan infrastruktur, kata Presiden dan CIO | Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | 

Terdapat 118 berita berdasarkan kata kunci carian " tenaga"

IPO SKA Capital Terlebih Langgan 80.42 Kali

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SKA Capital Bhd terlebih langgan sebanyak 80.42 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 11 Nov 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan pasaran serantau berikutan tekanan jualan berterusan terhadap saham mewah yang menjejaskan sentimen pasaran.

Parkland Terima Kelulusan SC Disenarai Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Projek Solar Terapung Chereh RM850 Juta Bakal Wujudkan 1,500 Peluang Pekerjaan

KUANTAN, 29 Okt (Bernama) -- Projek solar fotovolta (PV) terapung bernilai RM850 juta di Empangan Chereh dijangka mewujudkan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan serta menjana tenaga elektrik bersih yang bersamaan dengan penggunaan tahunan 100,000 isi rumah.

Estek Labur RM20 Juta Perluas Keupayaan Pembuatan Semikonduktor Di Batu Kawan

BATU KAWAN, 29 Okt (Bernama) -- Estek Automation Sdn Bhd melabur RM20 juta dalam kemudahan pembuatan baharu seluas 50,000 kaki persegi di Batu Kawan, Pulau Pinang, bagi memperluas keupayaan dalam pembuatan peralatan semikonduktor, penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan kontrak.

SST, Kos Logistik Dan Pengangkutan Faktor Utama Perbezaan Harga Belian TBS Sabah, Semenanjung

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengenaan Cukai Jualan Negeri (SST) serta kos logistik dan pengangkutan menjadi dua faktor utama perbezaan harga belian tandan buah segar (TBS) antara Sabah dan Semenanjung, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii. 

Belanjawan 2027: Pelaburan RM1 Bilion Dalam Rekod Perubatan Elektronik Buka Peluang Industri Teknologi Kesihatan

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pelaburan RM1 bilion bagi pelaksanaan sistem rekod perubatan elektronik (EMR) di seluruh negara dijangka membuka peluang jangka panjang kepada industri teknologi maklumat (IT) kesihatan, termasuk kesalingoperasian sistem dan pembangunan infrastruktur digital.

Harga Minyak Mentah Brent Dijangka US$80 Hingga US$95 Setong Pada 2027 – Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka antara US$80 hingga US$95 setong pada 2027 dengan andaian eksport minyak Asia Barat dipulihkan secara berperingkat dan penawaran global pulih pada kadar yang mengatasi pertumbuhan permintaan, menurut penganalisis.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Momentum dagangan indeks penunjuk utama Bursa Malaysia kekal meningkat pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah cabaran di peringkat luaran dan domestik.

Meneroka ‘Steel Dome’ Turkiye Dijana AI : Dron Murah Jadi Ancaman Yang Menelan Belanja Besar

KONYA (Turkiye), 29 Okt (Bernama) -- Bunyi dentuman kuat tembakan meriam antipesawat bergema di seluruh lapang sasar tentera di Konya, Turkiye, ketika sebuah sistem pertahanan canggih memperlihatkan keupayaan tentera moden untuk menangkis serangan dron yang kini menjadi antara ancaman keselamatan paling pesat berkembang.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Bagi Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan dengan lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut pada Khamis, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah utama pada 3.75 peratus hingga 4.00 peratus.

Harga Komoditi Dijangka Naik 23 Peratus Tahun Ini Susulan Kejutan Global - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank Dunia menjangkakan harga komoditi naik 23 peratus pada 2026 susulan kejutan global yang semakin meningkat, dengan konflik di Asia Barat telah mengurangkan inventori minyak dan dijangka melonjakkan harga tenaga ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun.