28hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia bakal mendapat akses kepada latihan percuma untuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan WhatsApp Business bagi meningkatkan produktiviti serta mengembangkan perniagaan menerusi Akademi Pertumbuhan Perniagaan Kecil (SBGA), yang dilancarkan Meta Platforms Inc dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
28hari ago
Oleh Iskandar Shah Mohamed
SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Jabatan Perikanan (DOF) memohon pertimbangan peruntukan RM66.08 juta menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan bulan depan bagi memperkukuh biosekuriti serta kelestarian ekosistem perikanan negara.
28hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah pada minggu depan dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur bergerak dalam julat 1,660 hingga 1,690, kata penganalisis.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka menarik minat aktiviti pembelian saham murah minggu depan, didorong oleh lanjutan genjatan perdagangan Amerika Syarikat-China bagi tempoh dua bulan lagi.
28hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur menunggu data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan petunjuk selanjutnya mengenai hala tuju kadar faedah.
28hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin didagangkan antara US$4,200 hingga US$4,400 setiap auns troy minggu hadapan, dengan harga minyak, hasil bon dan dolar US dijangka mempengaruhi arah pasaran.
28hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal tidak menentu minggu depan berikutan keadaan cuaca buruk dan ketegangan geopolitik yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.
28hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 yang sedang berlangsung merupakan platform praktikal untuk menghubungkan usahawan Malaysia dan China, dengan produk berasaskan durian dari Perak dilihat berpotensi besar menembusi pasaran China.
28hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi oleh jangkaan peningkatan stok minyak sawit.
28hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Uzbekistan melihat Malaysia sebagai ‘guru yang baik’, memandangkan negara di Asia Tengah itu sedang mengambil langkah untuk memperkukuhkan sistem pensijilan halal dan membangunkan ekosistem halal yang lebih menyeluruh.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 50,000 pengunjung apabila memasuki hari ketiga dengan momentum memberangsangkan hari ini.