12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyifatkan kedudukan kewangan isi rumah secara amnya kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran tenaga kerja Malaysia yang stabil.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sebagai belanjawan pertama sejak pelancaran Dasar Perumahan Negara dalam tempoh 10 tahun lepas, Belanjawan 2027 dilihat berperanan penting dalam meningkatkan penawaran perumahan secara ketara selain menangani cabaran berterusan yang dihadapi pasaran perumahan Malaysia.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka meneruskan langkah bersasar dalam pembiayaan, insentif, pembangunan ekosistem dan bakat bagi memperkukuh sektor teknologi, menurut Apex Securities Bhd.
12hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 5 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.1 peratus pada 2026 daripada 4.9 peratus sebelumnya, dan kepada 4.8 peratus pada 2027 daripada 4.7 peratus, didorong oleh eksport dan pelaburan kukuh dalam kecerdasan buatan (AI).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- NexG Bhd (NexG) kembali menggunakan nama asalnya, Datasonic Group Bhd selepas pemegang sahamnya meluluskan cadangan nama itu pada mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini, iaitu pada 30 September.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sistem e-Jamin, sebuah perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), telah beroperasi selama lima tahun sejak 2020 tanpa kontrak rasmi dengan Kerajaan Persekutuan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada 2025 bertambah baik dengan penurunan defisit sebanyak RM3.878 bilion, menjadikan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun kepada 3.7 peratus berbanding 4.1 peratus pada 2024.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mendapati beberapa perjawatan di Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Jakarta, Indonesia dan Beijing, China masih belum diisi mengikut waran perjawatan diluluskan, selain kelemahan dalam pelaksanaan pemeriksaan mengejut di KBM Beijing.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) melantik Hanisofian Alias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Okt, 2026, selepas beliau berkhidmat sebagai CEO interim sejak Januari tahun ini.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan merekodkan kadar bayaran balik tunggakan pinjaman yang rendah pada 2025, dengan hanya RM465.0 juta atau lima peratus daripada RM9.27 bilion tunggakan tahun sebelumnya berjaya diperoleh.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menerima dividen pelaburan berjumlah RM39.547 bilion pada 2025, meningkat sebanyak RM535 juta atau 1.4 peratus berbanding RM39.012 bilion pada 2024.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan adunan biodiesel B15 berjaya menjimatkan secara purata 23.62 juta liter diesel berasaskan petroleum sebulan bagi tempoh Jun hingga Ogos.