1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Rabu, menjejaki kenaikan Wall Street semalaman susulan keyakinan terhadap kemungkinan persetujuan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi membuka semula Selat Hormuz, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong data ekonomi negara maju itu yang lemah daripada jangkaan sehingga memberi tekanan kepada mata wang berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama lain dan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
JAKARTA, 3 Ogos (Bernama) -- Indonesia menyasarkan peningkatan nilai perdagangan dua hala dengan Thailand kepada US$20 bilion menjelang 2030 menerusi Pelan Hala Tuju Perkongsian Strategik Indonesia-Thailand 2026-2030 yang dipersetujui kedua-dua negara pada Isnin.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Penurunan ketara harga minyak mentah global berkemungkinan bersifat sementara ketika sentimen pasaran kekal sensitif terhadap perkembangan berkaitan cadangan rundingan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menjelang data ekonomi utama AS dikeluarkan hari ini dalam ketegangan mereda di Asia Barat.
1bulan ago
KOTA BHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Agrobank menyalurkan RM46 juta menerusi 765 pembiayaan mikro kepada usahawan di Kelantan dalam tempoh Januari 2025 hingga Julai 2026, sekali gus memperluas akses kewangan serta membantu perusahaan mikro mengembangkan perniagaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan menjejaskan mata wang negara itu, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
MUAR, 30 Julai (Bernama) -- Bermula daripada kiosk tepi jalan dengan meraih untung RM20 sehari pada hari pertama berniaga, detik sukar itu menjadi pemangkin kejayaan pengasas Muiz Hot Chicken untuk membangunkan perniagaan yang kini memiliki lebih 180 kiosk dan lima cawangan restoran dengan jumlah jualan mencecah sekitar RM45 juta pada 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disokong kelemahan dolar AS selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 28 Julai (Bernama) -- Delta Electronics, syarikat penyedia penyelesaian pengurusan kuasa dan teknologi hijau pintar dari Taiwan, memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan pejabat baharu di Southern Industrial and Logistics Clusters (SiLC), Iskandar Puteri, Johor Bahru.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen pelabur yang berhati-hati menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedahnya minggu ini.