Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Wall Street, Kemungkinan Pembukaan Selat Hormuz
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Rabu, menjejaki kenaikan Wall Street semalaman susulan keyakinan terhadap kemungkinan persetujuan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi membuka semula Selat Hormuz, kata seorang penganalisis.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.02 mata kepada 1,732.68 berbanding paras 1,732.66 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks utama itu dibuka 3.70 mata lebih tinggi kepada 1,736.36.
Sentimen pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 283 berbanding 140. Sebanyak 300 kaunter tidak berubah, 2,009 tidak diniagakan dan 12 digantung dagangan.
Jumlah dagangan berjumlah 247.46 juta saham bernilai RM165.15 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi secara keseluruhan semalaman, dengan Indeks Purata Perindustrian Dow Jones dan S&P 500 masing-masing mencatat paras tertinggi baharu, disokong prestasi pendapatan korporat yang kukuh.
Di pasaran tempatan, beliau berkata FBM KLCI mengekalkan momentum peningkatan apabila ditutup melepasi paras 1,730 mata walaupun dagangan bermula agak perlahan.
"Minat belian adalah menyeluruh dan kami percaya dana asing mungkin kembali memasuki pasaran tempatan.
"Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,730 hingga 1,740 mata," katanya.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan CIMB Group masing-masing meningkat empat sen kepada RM10.82 dan RM8.07. Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing susut tiga sen kepada RM5.25 dan RM8.40, manakala Tenaga Nasional turun enam sen kepada RM14.44. Petronas Chemicals berkurangan empat sen kepada RM4.61.
Bagi saham aktif, NationGate Holdings dan Inari Amertron masing-masing meningkat sembilan sen kepada RM1.38 dan RM2.30. K-One Technology menambah 1.5 sen kepada 16 sen, manakala Zetrix AI dan Land & General masing-masing tidak berubah pada 73.5 sen dan 17.5 sen.
Antara kaunter untung utama, Nestle meningkat RM1.40 kepada RM103.20, Malaysian Pacific Industries naik 60 sen kepada RM47.32, MNRB Holdings menambah 25 sen kepada RM2.93, UMS Integration meningkat 23 sen kepada RM7.90, manakala Kuala Lumpur Kepong naik 20 sen kepada RM21.52.
United Plantations mendahului kaunter rugi dengan susut 70 sen kepada RM33.34, diikuti Westports Holdings yang turun lapan sen kepada RM7.06. AmBank dan Hibiscus Petroleum masing-masing susut lima sen kepada RM7.07 dan RM1.90.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 3.10 mata kepada 12,812.42, Indeks FBM Top 100 naik 0.01 mata kepada 12,640.72, Indeks FBM Emas Shariah bertambah 3.12 mata kepada 12,625.63, manakala Indeks FBM ACE meningkat 16.52 mata kepada 5,033.96. Indeks FBM Mid 70 bagaimanapun susut 0.44 mata kepada 18,211.05.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 11.19 mata kepada 20,530.38, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.42 mata kepada 189.10.
Indeks Perladangan susut 21.50 mata kepada 9,355.81, sementara Indeks Tenaga turun 3.57 mata kepada 761.26.
-- BERNAMA