BERITA TERKINI   Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | Pendirian kerajaan terhadap rasuah tidak berubah, semua kes termasuk kes Najib terus diproses mengikut undang-undang - Fahmi | Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | 

Terdapat 166 berita berdasarkan kata kunci carian " iran"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Pada Harga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong aktiviti belian saham pada harga rendah selepas mengalami penurunan baru-baru ini, meskipun prestasi Wall Street yang lemah memberi petunjuk sebaliknya.

Ringgit Dibuka Bercampur-campur Berbanding Mata Wang Utama Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pada Selasa, manakala dolar AS mengukuh berikutan harga minyak mentah yang kekal tinggi susulan pembukaan semula Selat Hormuz.

Niaga Hadapan MSM Diunjur Catat Pengambilan Untung Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu depan susulan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilihat kian reda.

Bursa Malaysia Ditutup Minggu Ini Dengan Prestasi Perlahan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan prestasi perlahan dipengaruhi aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan pasaran baru-baru ini, seiring dengan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Menjejaki Penyusutan Semalaman Wall Street

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini dengan aktiviti belian dan jualan saling seiringan membabitkan beberapa saham wajaran tinggi terpilih susulan kerugian semalaman di Wall Street sebagai reaksi terhadap kenaikan harga minyak mentah, kata penganalisis.

Ringgit Mengukuh Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Stabil Dengan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mencatat kenaikan berbanding kebanyakan mata wang utama lain dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah tekanan jualan.

Harga LNG Asia Timur Meningkat Susulan Cuaca Panas, Risiko Geopolitik - Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Harga gas asli cecair (LNG) di Asia Timur bagi penghantaran Oktober meningkat 0.4 peratus minggu ke minggu kepada US$20.4 bagi setiap sejuta unit terma British (MMBtu) setakat 3 Ogos, didorong risiko geopolitik dan cuaca panas melampau yang terus menyokong permintaan pasaran semerta (spot), menurut Rystad Energy.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Saham Teknologi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada tengah hari dipacu minat belian baharu terhadap saham teknologi, sejajar prestasi kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Wall Street, Kemungkinan Pembukaan Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Rabu, menjejaki kenaikan Wall Street semalaman susulan keyakinan terhadap kemungkinan persetujuan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi membuka semula Selat Hormuz, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Pulih Dipengaruhi Niaga Hadapan Serantau, Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur pulih untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa disokong oleh kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang lebih kukuh dan data pembuatan global yang menggalakkan, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa dan kemudiannya menyusut apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan di pasaran global, kata penganalisis.