Terdapat 124 berita berdasarkan kata kunci carian " fbm klci "

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dan terus berdepan tekanan jualan menjelang pengumuman Belanjawan 2027 esok berikutan lonjakan semula harga minyak serta ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat yang terus menjejaskan sentimen risiko.

Bursa Malaysia Susut Selepas Dibuka Tinggi, Jejaki Penurunan Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis namun susut tidak lama kemudian, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan mendadak hasil Perbendaharaan AS.

Bursa Malaysia Susut 1.19 Peratus Pada Tengah Hari Dalam Persekitaran Harga Minyak Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend menurun pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau dalam persekitaran tekanan jualan yang berterusan dan harga minyak yang tinggi.

Defisit Fiskal Malaysia Dijangka Susut Kepada RM76 Bilion Pada 2027 - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal Malaysia dijangka mengecil kepada RM76 bilion atau 3.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 daripada anggaran 3.5 peratus pada 2026, sekali gus memastikan kerajaan terus berada di landasan untuk mencapai sasaran jangka sederhana 3.0 peratus menjelang 2028.

Bursa Malaysia Rendah Selepas Dibuka Tinggi Didorong Tekanan Jualan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum menurun kemudiannya, didorong oleh aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan peningkatan dalam kebanyakan pasaran utama Asia susulan kenaikan saham teknologi di Wall Street dalam tempoh semalaman, walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi terus mengehadkan minat terhadap risiko.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan Wall Street berikutan pertumbuhan gaji Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan, meredakan jangkaan kenaikan kadar faedah serta-merta oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kembali Melonjak Didorong Keadaan Terlebih Jual Minggu Hadapan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka akan terus didagangkan dalam jajaran kecil pada minggu hadapan. Bagaimanapun, keadaan pasaran yang terlebih jual berpotensi membuka ruang kepada berlakunya lantunan teknikal, menurut penganalisis