BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Bursa Malaysia Susut Selepas Dibuka Tinggi, Jejaki Penurunan Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis namun susut tidak lama kemudian, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan mendadak hasil Perbendaharaan AS.

Pada 9.34 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.55 mata atau 0.65 peratus kepada 1,601.23 daripada paras 1,611.78 ketika ditutup pada Rabu. Indeks itu dibuka 1.67 mata lebih tinggi pada 1,613.45.

Ad Banner

Sentimen pasaran secara meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 466 berbanding 197, manakala 337 kaunter tidak berubah, 1,828 kaunter tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 565.70 juta unit bernilai RM370.21 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun mencecah paras tertinggi dalam tempoh 24 tahun pada 5.365 peratus sebelum susut kepada 5.286 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Bagi saham Hong Kong pula, Indeks Hang Seng susut selepas mencatat aliran meningkat selama dua hari apabila sentimen beralih kepada mod berhati-hati susulan peningkatan harga minyak mentah, dengan minyak mentah Brent kembali melepasi paras US$101 setong,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran domestik, beliau berkata FBM KLCI diniagakan pada nisbah harga kepada pendapatan yang agak rendah iaitu 15 kali ketika ditutup pada Rabu, sekali gus memberikan peluang menarik untuk pembelian saham pada harga rendah.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat 1,605-1,620 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional meningkat enam sen kepada RM12.92, manakala Maybank dan IHH Healthcare masing-masing susut empat sen kepada RM9.83 dan RM7.86.

Public Bank turun lima sen kepada RM4.54, manakala CIMB susut 13 sen kepada RM7.20.

Dalam dagangan aktif, Ni Hsin dan V.S Industry masing-masing meningkat setengah sen kepada 40 sen dan 33 sen, manakala NationGate naik sembilan sen kepada RM1.95 dan Top Glove menambah dua sen kepada 87.5 sen. Zetrix AI tidak berubah pada lapan sen.

Antara kaunter untung utama, Binastra Corporation melonjak 20 sen kepada RM2.70, manakala IOI Properties Group dan Fraser & Neave masing-masing meningkat 12 sen kepada RM3.42 dan RM20.90.

Malayan Cement menambah lapan sen kepada RM5.69, manakala KSL naik tujuh sen kepada RM2.64.

Dalam kalangan kaunter rugi utama, Malaysian Pacific Industries susut 90 sen kepada RM44.30, Hong Leong Bank turun 44 sen kepada RM21.06 dan Mi Technovation merosot 30 sen kepada RM6.08.

Vitrox Corporation turun 22 sen kepada RM11.00, manakala Dutch Lady Milk Industries susut 20 sen kepada RM29.50.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 susut 81.68 mata kepada 17,671.81, Indeks FBM Emas turun 69.31 mata kepada 12,055.64, Indeks FBM Top 100 merosot 71.81 mata kepada 11,830.17, Indeks FBM Emas Shariah turun 35.28 mata kepada 12,111.87 dan Indeks FBM ACE susut 23.98 mata kepada 5,598.40.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.55 mata kepada 179.33, Indeks Tenaga turun 1.72 mata kepada 837.25, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 203.87 mata kepada 18,359.45, manakala Indeks Perladangan turun 26.92 mata kepada 8,949.12.

-- BERNAMA