BERITA TERKINI   Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh universiti awam kepada calon berjaya mulai 15 Ogos - KPT | Keputusan permohonan ke universiti awam bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan STPM/ Setaraf diumum 14 Ogos - KPT | Pemegang pasport yang mempunyai tempoh sah laku lebih 10 tahun diberikan penggantian secara percuma - KP Imigresen | Tempoh sah laku pasport lebih 10 tahun dihentikan sehingga isu dengan syarikat penerbangan, ICAO selesai - KP Imigresen | 

Terdapat 621 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menurun 0.43 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian, mengakhiri kenaikan yang dicatatkan sebelum ini berikutan gelombang jualan pada akhir sesi dagangan.

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Skygate Berhubung Lonjakan Harga Sahamnya

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Skygate Solutions Bhd berikutan kenaikan mendadak harga saham syarikat berkenaan.

Penggunaan Elektrik Pusat Data Diunjur 31 Peratus Menjelang 2035 

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jumlah penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak ketara kepada 31 peratus atau bersamaan 73,274 gigawatt jam (GWj) menjelang 2035 daripada 7.0 peratus atau 10,544 GWj pada 2026.

U Mobile Selesai Beralih Kepada Rangkaian 5G Sendiri, Keluar Daripada Perjanjian Borong DNB

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd berjaya beralih kepada rangkaian ULTRA5G milik sendiri di seluruh negara selepas keluar daripada perjanjian akses borong dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

Pelan Induk, Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dilancarkan Pada Suku Keempat 2026

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada suku keempat 2026, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Prospek Sektor Perbankan Malaysia Kekal Positif Didorong Pertumbuhan Pinjaman Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd masing-masing mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor perbankan Malaysia, yang kukuh dari segi asas dan terus menawarkan pilihan bersifat defensif yang menarik.

Sebanyak 10 Syarikat Pemula Niaga Cip Tempatan Dipilih Sertai Kohort Pertama Semiconstart Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Sebanyak 10 syarikat pemula niaga semikonduktor Malaysia dipilih untuk program inkubasi semikonduktor kebangsaan yang julung kali diadakan, SemiconStart Malaysia, yang bertujuan membantu mengkomersialkan teknologi buatan tempatan dan membangunkan syarikat teknologi.

JS-SEZ Bakal Raih Manfaat Daripada Kolaborasi Dengan Itali, Rakan Eropah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kolaborasi dengan Itali dan rakan kongsi Eropah yang lain akan memainkan peranan penting dalam menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Hab Ant International Di KL Bakal Jana Peluang Pekerjaan, Tingkatkan Keupayaan Tempatan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata teknologi, kewangan dan inovasi mesti mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh keupayaan domestik, menyokong pertumbuhan perniagaan dan memperluas akses kepada perkhidmatan yang berpatutan ketika Malaysia meletakkan dirinya sebagai hab serantau untuk teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan separuh kedua 2026 dengan prestasi memberangsangkan, dipacu oleh keuntungan semalaman lebih kukuh di Wall Street dan sentimen pasaran yang bertambah baik susulan kemajuan dalam rundingan damai AS-Iran yang meningkatkan keyakinan pelabur.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Keyakinan Pengguna AS Yang Lemah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh data keyakinan pengguna AS yang lemah telah menjejaskan mata wang AS.

​​​​​​​PAAB Lancar Rangka Kerja Kewangan Islam Mampan, Tampilkan Pembiayaan Biru

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini melancarkan Rangka Kerja Kewangan Islam Mampan, sekali gus mencatat tiga pencapaian penting di peringkat nasional.