BERITA TERKINI   Formula 1: Tiket MADANI untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses tiga hari acara - PM Anwar | PM Anwar sangkal dakwaan anaktirikan negeri, peruntukan meningkat bawah pentadbirannya | PM Anwar mahu penyampaian maklumat, komunikasi kerajaan dipertingkat | Perbuatan 'sakau’ dalam Tabung Haji memang berlaku - PM Anwar | Kerajaan akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Diunjur Diniaga Dalam Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur diniagakan dalam aliran meningkat minggu depan dalam julat kecil seiring dengan prestasi pasaran tunai, kata penganalisis.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata asas ekonomi domestik yang berdaya tahan akan terus menyokong pasaran tempatan.

Ad Banner

Beliau berkata inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan telah meredakan kebimbangan terhadap kemungkinan langkah mengetatkan dasar monetari yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

“Pemangkin utama yang perlu diberikan perhatian termasuk harga minyak, perkembangan konflik AS-Iran dan data aktiviti China bagi Julai,” katanya.

Bagi minggu yang berakhir, niaga hadapan FBM KLCI ditutup kebanyakannya rendah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Ogos 2026 menyusut 3.5 mata kepada 1,726.0 manakala September 2026 dan Disember 2026 masing-masing turun 2.5 mata kepada 1,705.0 dan 1,706.5, dan Mac 2027 menyusut lima mata kepada 1,689.0.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 30,907 lot daripada 40,896 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 41,862 kontrak daripada 49,170 kontrak sebelum ini.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menyusut 8.36 mata kepada 1,727.39 daripada 1,735.75 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA