Terdapat 648 berita berdasarkan kata kunci carian " rendah"

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS - PM Anwar

PORT DICKSON, 24 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif baharu berkaitan isu buruh paksa sekiranya keputusan yang diterima masih belum memuaskan.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan berwaspada susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang hujung minggu.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, dengan sentimen berhati-hati dijangka berterusan selepas kenaikan pasaran serantau semalam menyebabkan pasaran Asia terdedah kepada penurunan semalaman di Wall Street.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan COMEX

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang agak lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat mendorong jangkaan mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), sekali gus menyokong mata wang negara itu.

IHP-Semua Barangan Singapura Naik 1.7 Peratus Pada Separuh Pertama 2026

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP)-Semua Barangan isi rumah di Singapura meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada separuh pertama 2026, berbanding peningkatan 0.9 peratus pada separuh kedua 2025.

Bursa Malaysia Melantun Semula Ditutup Tinggi, Atasi Penyusutan Tiga Hari

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Selepas susut selama tiga hari berturut-turut, Bursa Malaysia kembali melantun dengan menokok 0.18 peratus pada akhir dagangan hari ini susulan lonjakan harga minyak global yang turut menyuntik sokongan terhadap syarikat Malaysia berkaitan tenaga.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dan lonjakan harga minyak mentah.

Penubuhan Simpanan Petroleum Negara Tepat Masanya, Susulan Ketegangan Geopolitik Berulang - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia mengkaji penubuhan Simpanan Petroleum Negara (NPR) adalah tepat pada masanya berikutan ketegangan geopolitik yang berulang di laluan perkapalan utama dunia, sekali gus menyerlahkan keperluan memperkukuh ketahanan tenaga negara untuk jangka panjang, menurut penganalisis.

Penjimatan Subsidi Diesel Dimanfaatkan Semula Bagi Perkukuh Program Bantuan Bersasar - MOF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penjimatan yang terhasil daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar tidak disimpan sebagai lebihan fiskal, sebaliknya dimanfaatkan semula untuk memperkukuh program bantuan bersasar, menurut Kementerian Kewangan (MOF).