Terdapat 109 berita berdasarkan kata kunci carian "united plantations"

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Banyak Berubah Susulan Kebimbangan Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak banyak berubah pada Jumaat, apabila pelabur kekal mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah tekanan baharu terhadap hasil bon global dan ketegangan geopolitik, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Pulih Pada Tengah Hari Disokong Daya Tahan Asas Ekonomi Domestik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih pada tengah hari, dengan sentimen pasaran disokong oleh asas ekonomi domestik Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah Pelabur

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan penurunan saham teknologi telah menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman dan pasaran serantau yang suram dipengaruhi ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Saham Komoditi, Perladangan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa mengatasi prestasi kebanyakan bursa serantau lain disokong oleh peningkatan dalam saham berkaitan komoditi dan perladangan, kata seorang penganalisis.

Maybank Pacu Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Selasa, disokong oleh minat belian dalam kaunter wajaran tinggi, yang diterajui Maybank walaupun kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali tercetus.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Minat Belian Sektor Terpilih Meningkat Susulan KDNK Suku Kedua 6.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, walaupun sektor utiliti, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan menyaksikan minat belian yang tinggi susulan pengumuman pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia pada 6.0 peratus.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ketika pasaran mencerna data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua yang menunjukkan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila tekanan jualan di kaunter berkaitan minyak memberi kesan kepada indeks petunjuk pasaran selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, didorong oleh tekanan jualan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terutama dalam sektor perladangan, perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Intra Hari, Dipacu saham Utiliti, Petrokimia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu, didorong minat belian terhadap saham utiliti dan petrokimia susulan harga minyak mentah yang kekal tinggi.