1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.09 hingga RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur menunggu pengumuman data-data ekonomi penting di negara maju berkenaan, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Penyenggara penerbangan, GTA Holdings Bhd mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas bagi bangunan bukan kediaman dijangka dapat mengurangkan impak kewangan terhadap pengurusan hartanah strata bukan kediaman, kata Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM).
1bulan ago
Oleh Jailani Hasan
KOTA KINABALU, 26 Jun (Bernama) -- Moneysave (M) Sdn Bhd dan Dewan Perniagaan Labuan (LCC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) hari ini untuk melancarkan inisiatif pembiayaan bernilai RM200 juta bagi meningkatkan akses perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah dan Labuan kepada modal.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Zenix Aerospace Upeca terus memperkukuh keupayaan pembuatan, pendigitalan dan pembangunan modal insan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai aeroangkasa global serta memacu pertumbuhan industri yang mampan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pemegang Amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan City-Link Express (M) Sdn Bhd bagi membeli sebuah pusat pengedaran yang digunakan sepenuhnya di Bandar Saujana Putra, Selangor pada harga RM128 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik), bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Batik Air melancarkan perkhidmatan terus baharunya antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali gus mengukuhkan lagi kehadirannya di China.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam wilayah negatif pada tengah hari ini apabila pelabur mengambil untung sambil terus berhati-hati berikutan ketiadaan pemangkin baharu pasaran, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd, pengendali TNG eWallet, melancarkan tawaran pembiayaan Islam pertamanya, Pembiayaan ASB, dengan kerjasama CIMB.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Peranan yang semakin berkembang Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Turkmenistan kini muncul sebagai pemangkin utama kepada momentum baharu hubungan dua hala Malaysia–Turkmenistan, diperkukuh oleh lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah itu baru-baru ini.
1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, dipacu aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan di pasaran baru-baru ini, kata penganalisis.