BERITA TERKINI   PRN Johor: SPR sahkan 172 calon layak bertanding, 138 calon lelaki dan 34 wanita - SPR | PRN Johor: SPR sahkan 172 calon layak bertanding, 138 calon lelaki dan 34 wanita - SPR | PRN Johor : BN dan PH tanding 56 DUN, PN (33), Bersama (15), MUDA (14), bebas (6), Parti Orang Asli Malaysia (satu) dan PSM (satu) - SPR | PRN Johor : Calon tertua berusia 73 tahun wakili PN di DUN Stulang, calon termuda 23 tahun dari PH di DUN Johor Lama - SPR | PRN Johor : Tiada pencalonan yang ditolak - SPR | 

Ringgit Dijangka Diniagakan RM4.09-RM4.11 Minggu Depan Menjelang Pengumuman Data AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.09 hingga RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur menunggu pengumuman data-data ekonomi penting di negara maju berkenaan, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, keutamaan pelabur adalah data pasaran kerja AS, terutama statistik Penggajian Bukan Perladangan serta kadar pengangguran.

Ad Banner

Beliau berkata pelabur akan turut memantau data kaji selidik Indeks Institute of Supply Management (ISM) AS bagi sektor pembuatan serta perkhidmatan.

“Indeks Keyakinan Lembaga Persidangan Pengguna AS akan turut diumumkan pada minggu depan. Berikutan itu, peniaga dan pelabur akan meneliti maklumat yang diumumkan dan melihat sama ada terdapat sebarang petunjuk kemungkinan kadar faedah utama itu dinaikkan atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd pula menjangkakan pelabur akan memanfaatkan data tenaga kerja AS itu untuk meneliti sama ada jangkaan terhadap pendirian Rizab Persekutuan menaikkan kadar berkenaan sebagai berlebihan atau ada asasnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bank pelaburan itu memaklumkan, penurunan harga minyak mentah serta risiko geopolitik yang mereda, akan turut mengekang pengukuhan dolar AS seterusnya pada minggu depan.

"Kami mengandaikan gencatan senjata AS dan Iran yang goyah akan terus bertahan ketika penghantaran minyak melalui Selat Hormuz dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan ketara.

"Berikutan itu, kami menjangkakan kadar pertukaran dolar AS dan ringgit diniagakan dalam julat RM4.08 hingga RM4.12 dengan risiko cenderung kepada pengukuhan ringgit secara beransur-ansur apabila kenaikan semasa dolar AS menghampiri kemuncaknya," menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya.

Dalam pada itu, bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.0860/0910 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1395 pada minggu sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama pada minggu ini.

Unit tempatan itu naik berbanding pound Britain kepada kepada 5.4013/4079 daripada 5.4709/4782, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5283/5316 daripada 2.5636/5671 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6605/6662 daripada 4.7376/7439.

Berbanding mata wang negara-negara ASEAN, ringgit turut diniagakan mengukuh.

Ini termasuk naik berbanding rupiah Indonesia kepada 227.9/228.3 daripada 232.2/232.5, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1581/1625 daripada 3.2019/2064, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.2445/2643 daripada 12.5856/6074 serta tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.66/6.67 daripada 6.80/6.81.

-- BERNAMA