BERITA TERKINI   Tiga termasuk dua warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah di Tambun, Perak awal pagi tadi - Bomba | 

Terdapat 1230 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran"

Untung Bersih MISC Melonjak Kepada RM1.15 Bilion Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM1.15 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM464.40 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Hong Leong Capital Lonjak Kepada RM65.56 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Capital Bhd (HLCB) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 melonjak 12 peratus dari tahun ke tahun kepada RM65.56 juta berbanding RM58.43 juta yang disaksikan pada tahun kewangan sebelumnya.

Hari Eksport Pahang Landasan Terbaik Perluas Capaian Syarikat Ke Peringkat Global - MATRADE

KUANTAN, 27 Ogos (Bernama) -- Program Hari Eksport Pahang 2026 yang dijadual berlangsung pada 7 Sept depan bakal menjadi landasan terbaik bagi syarikat tempatan untuk memperluas penglibatan ke peringkat global sekali gus melonjakkan kedudukan Pahang dalam peta perdagangan antarabangsa.

Maybank Catat Untung Bersih RM2.69 Bilion Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 meningkat 2.4 peratus kepada RM2.69 bilion daripada RM2.62 bilion pada suku yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, dengan kaunter utiliti, telekomunikasi dan media, serta produk dan perkhidmatan perindustrian terus memberikan sokongan kepada bursa tempatan.

CIMB Selesai Ujian Rintis Penyelesaian Sukuk Bertoken RM1.38 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd menyelesaikan ujian rintis penyelesaian sukuk bertoken menggunakan deposit bertoken, melibatkan sukuk bertoken bernilai RM1.38 bilion yang dilanggan oleh 12 pelabur institusi.

Keyfield Umum Beli Kapal Korek Inai Kenanga Pada Harga US$24.7 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keyfield International Bhd membeli Inai Kenanga, sebuah kapal korek sedutan berkapasiti mega dengan bayaran tunai US$24.7 juta (US$1=RM4.02).

Malaysia Perlu Perkukuh Asas Pasaran Untuk Kekal Kompetitif - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Selain menerima pakai teknologi baharu, Malaysia perlu memperkukuh asas pasaran, meningkatkan kecekapan dan memperluas akses kepada modal untuk memastikan pasaran kewangan dan modalnya kekal kompetitif, berdaya tahan dan relevan.

Bekalan Untuk Industri Peranti Perubatan Kekal Stabil Dalam Persekitaran Ketidakpastian Geopolitik

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Prospek bekalan untuk industri peranti perubatan kekal stabil dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan dalam beberpa hari akan datang.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Harga Minyak Sayuran

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menjejaki harga minyak sayuran global yang lebih rendah susulan cuti umum di Malaysia semalam.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang lemah di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).