BERITA TERKINI   Projek Residensi Siswa Universiti Malaya mesti bebas ketirisan, tonjol nilai MADANI - PM Anwar | PM Anwar akan pantau sendiri Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, mahu ia disiapkan lebih awal dari jadual | Persiapan MAHA 2028 dimulakan seawal Januari tahun depan, termasuk meneliti cadangan penambahbaikan -- Mohamad Sabu | Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - JPNS | Fasa pertama JENDELA 2 di Sarawak libatkan 350 lokasi dengan peruntukan RM545 juta - Fahmi Fadzil | 

Terdapat 1258 berita berdasarkan kata kunci carian "j"

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Menjelang Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 9 Okt  (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna, telekomunikasi dan media serta produk dan perkhidmatan perindustrian menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

FMM Saran Insentif Belanjawan 2027 Bagi Pencegahan Pencemaran, Teknologi Hijau

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) --  Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan memperkenalkan insentif di bawah Belanjawan 2027 bagi teknologi alam sekitar, pencegahan pencemaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri, inovasi serta pelaburan kelestarian perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman Belanjawan 2027

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat menjelang pembentangan Belanjawan 2027 hari ini, dengan pelabur memantau langkah-langkah untuk menyokong industri strategik dan perbelanjaan isi rumah.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat.

SSM Lanjut Tempoh Pengurangan Kadar Kompaun Sehingga 31 Disember

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melanjutkan tempoh pengurangan kadar kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016 sehingga 31 Dis, 2026.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Prospek Fiskal Belanjawan 2027 Jadi Tumpuan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, dengan pasaran kekal berhati-hati apabila mereka terus menilai prospek fiskal menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

Belanjawan 2027 Mengimbangi Pertumbuhan, Disiplin Fiskal Serta Daya Tahan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 3.30 petang ini, setengah jam lebih awal dari waktu kebiasaannya iaitu pada 4 petang.

KPK Cadang Tubuh Tabung Bencana Dan Kawalan Penyakit Agrikomoditi Dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mencadangkan penubuhan Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi sebagai antara inisiatif utama Belanjawan 2027 bagi membantu mengurangkan kerugian pekebun kecil akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit tanaman.

MSM Kembali Meningkat Susulan Jangkaan Pengecualian Duti Eksport

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, disokong jangkaan bahawa Malaysia mungkin mencadangkan pengecualian sementara duti eksport dalam Belanjawan 2027.

Al-‘Aqar REIT Kemuka Program Sukuk Had Gabungan Sehingga RM3 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Al-‘Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar REIT) telah mengemukakan program sukuk dengan nilai had gabungan nominal sehingga RM3 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki pasaran tunai pendasar.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang ASEAN, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang ASEAN, namun sebaliknya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah lonjakan semula harga minyak mentah serta ketegangan geopolitik yang meruncing di Asia Barat, kata penganalisis.