BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | 

KPK Cadang Tubuh Tabung Bencana Dan Kawalan Penyakit Agrikomoditi Dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mencadangkan penubuhan Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi sebagai antara inisiatif utama Belanjawan 2027 bagi membantu mengurangkan kerugian pekebun kecil akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit tanaman.

Menurut KPK, tabung tersebut akan memperkukuhkan keupayaan kerajaan untuk bertindak dengan lebih cepat dan tersusun terhadap bencana yang menjejaskan tanaman, khususnya sawit, getah dan lada.

Kementerian itu memaklumkan bahawa dalam konteks sektor agrikomoditi, ketika ini tiada skim perlindungan pendapatan diperkenalkan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat fenomena El Nino.

Ad Banner

"Pelaksanaan program dan perancangan masa hadapan merupakan usaha berterusan yang dilaksanakan kementerian ini untuk membantu pekebun kecil menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menjejaskan pendapatan, termasuk turun naik harga komoditi, kos input, kemerosotan produktiviti dan penyakit tanaman.

“Walaupun program itu bukan skim pampasan khusus hilang pendapatan akibat El Nino, manfaat program berkenaan adalah untuk menyokong kelangsungan dan kesejahteraan pekebun kecil secara keseluruhannya,” menurut KPK dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Kementerian itu menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan memperkenalkan skim perlindungan pendapatan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat El Nino.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, KPK menjelaskan antara bantuan yang sedang dilaksanakan termasuk BUDI Agri-Komoditi yang menyediakan bantuan tunai sebanyak RM400 kepada pekebun kecil persendirian yang layak.

Menurut kementerian itu juga, sehingga September 2026, seramai 431,089 pekebun kecil tanaman sawit, getah, koko, lada dan kenaf dikenal pasti layak menerima bantuan itu, dengan 227,378 permohonan telah diluluskan.

Bagi pekebun kecil getah pula, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM800 bagi 2026 disediakan bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

-- BERNAMA