BERITA TERKINI   Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | Jerebu: Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Putrajaya ditutup esok | Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok - JPN Melaka | Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | 

Al-‘Aqar REIT Kemuka Program Sukuk Had Gabungan Sehingga RM3 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Al-‘Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar REIT) telah mengemukakan program sukuk dengan nilai had gabungan nominal sehingga RM3 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pihak pengurusannya JLG REIT Managers Sdn Bhd memaklumkan Al-‘Aqar Capital Sdn Bhd yang juga syarikat tujuan khas milik penuh Al-’Aqar REIT menerusi Amanahraya Trustees Bhd sebagai pemegang amanah, telah membuat serahan program itu.

Ini merangkumi satu Program Sukuk Wakalah dengan nilai nominal sehingga RM3 bilion dan program kertas komersial Islam (ICP) dengan nilai nominal RM300 juta, tertakluk kepada had gabungan berkenaan.

Ad Banner

Program Sukuk Wakalah itu bagi membolehkan penerbitan nota jangka sederhana Islam senior dan/atau nota Islam subordinat kekal manakala Program ICP untuk penerbitan kertas komersial Islam berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.

“Hasil kutipan daripada program itu akan dimanfaatkan oleh penerbit untuk disalurkan kepada Al-‘Aqar REIT bagi membiayai aktiviti pelaburannya, membiaya semula pembiayaan sedia ada dan/atau pembiayaan Islam akan datang dan/atau membiayai modal kerja dan memenuhi keperluan am korporat.

“Kutipan itu juga akan digunakan bagi membiayai semula semua kesemua Sukuk Wakalah dan Sukuk Wakalah-ICP matang di bawah program berkenaan, membiayai deposit deposit ditetapkan dalam akaun pembayaran balik pemegang amanah sukuk dan/atau menanggung perbelanjaan berkaitan ditanggung di bawah program-program berkenaan serta terbitan selanjutnya,” maklum berikutnya,” menurutnya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Program Sukuk Wakalah mempunyai tempoh matang kekal manakala Program ICP mempunyai tempoh selama tujuh tahun.

Penerbitan di bawah program itu berkemungkinan mempunyai penarafan atau sebaliknya yang akan ditentukan sebelum setiap terbitan itu.

Program sukuk itu akan membolehkan penerbitan Sukuk Wakalah dan/atau Sukuk Wakalah-ICP dalam kemampanan dan/atau format berkaitannya.

Maybank Investment Bank Bhd dan OCBC Al-Amin Bank Bhd merupakan penasihat prinsipal utama dan pengatur utama bersama bagi program itu manakala Maybank berperanan sebagai penasihat Syariah.

-- BERNAMA