BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Hampir RM25 juta disediakan percepat urusan kerajaan dengan rakyat dan perniagaan | Belanjawan 2027: Kerajaan akan pinda Akta Pengangkutan Jalan, wajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bayar pampasan kepada mangsa | Belanjawan 2027: Had nilai setiap aset kecil yang layak mendapat elaun modal dinaikkan kepada RM3,000, bagi syarikat selain PMKS had keseluruhan tuntutan dinaikkan kepada RM30,000 – PM Anwar | Belanjawan 2027: Setakat September, 290,000 pekebun kecil terima RM400 sebulan sebagai bantuan subsidi | Belanjawan 2027: ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka mula beroperasi Disember ini, Malaysia-China sepakat sambung laluan ke Rantau Panjang | 

Terdapat 649 berita berdasarkan kata kunci carian " meningkat"

China Sasar Peradagangan Halal Yang Lebih Kukuh Dengan Malaysia

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pavilion China di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berhasrat untuk mengukuhkan perdagangan halal Malaysia-China dengan meluaskan hubungan perniagaan dan meneroka peluang merentasi rantaian bekalan halal.

Kejayaan Perluas Tenaga Bersih Bergantung Kesediaan Sistem Tenaga Secara Menyeluruh - TNB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Permintaan daripada pelanggan dan industri yang terus meningkat menyebabkan penjanaan tenaga yang lebih bersih perlu berkembang seiring dengan grid yang pintar dan cekap, kata Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Bhd (TNB) Dr Mohd Fadzil Mohd Siam.

Indeks Utama Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.

MBSB IB Kekalkan Sasaran Harga MSM Pada RM4,400 Bagi 2026 Di Sebalik Ancaman El Nino

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan bagi 2026, disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan yang semakin terhad susulan peningkatan mendadak titik panas di seluruh rantau ini.

Belanjawan 2027: Pendapatan, Gaji Rakyat Perlu Terus Jadi Keutamaan

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Isu pendapatan dan gaji rakyat perlu terus diberi keutamaan dalam merangka Belanjawan 2027, seiring dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).

PM Anwar Hargai Usaha China Bantu Malaysia, Negara Lain Dalam Kemajuan Teknologi

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan China dalam membantu Malaysia dan negara lain memacu teknologi baharu.

Malaysia Gesa AI Beretika, Perdagangan Digital Terbuka Bagi Perkasa Negara Selatan Global

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pendekatan berteraskan etika terhadap kecerdasan buatan (AI) serta rejim perdagangan digital yang lebih terbuka dan berasaskan peraturan untuk memastikan negara-negara membangun turut meraih manfaat daripada kemajuan teknologi.

Sabah Kekal Pengeluar MSM Kedua Terbesar Negara - Noraini

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) kedua terbesar pada tahun lalu dengan menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran di Malaysia.

Pelaburan Dalam Sektor Huluan Petronas Sokong Prospek O&G Malaysia - RHB IB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank (RHB IB) mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia, dengan pertumbuhan berterusan pelaburan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengukuhkan lagi prospek positifnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dan kenyataan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung kepada kadar faedah tinggi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS menyokong mata wang negara itu.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dua Hala Dengan Li Qiang, Sampaikan Ucaptama Pada GDTE Kelima

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengakhiri lawatan kerja selama tiga hari ke China pada Khamis dengan perbincangan diplomatik peringkat tinggi di Hangzhou dan menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Kelima.