BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: DBKL sediakan RM400 juta wujudkan 120 ekar kawasan hijau baharu, pulih taman-taman sedia ada dan naik taraf kemudahan serta perumahan rakyat | Belanjawan 2027: Khazanah, InvestPenang wujudkan Dana Pelaburan Strategik RM100 juta bantu syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju pada peringkat awal pertumbuhan | Belanjawan 2027: Automotive Hi-Tech Valley diangkat sebagai hab automotif serantau di Tanjong Malim | Belanjawan 2027: Pembangunan LuMIC sebagai hab maritim di Lumut diperhebat bagi menarik pelaburan dan pekerjaan – PM Anwar | Belanjawan 2027: Kerajaan tawar insentif caruman padanan KWSP kepada sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup, galak simpanan persaraan pemandu e-hailing dan p-hailing – PM Anwar | 

Terdapat 1868 berita berdasarkan kata kunci carian " meningkat"

Rangkaian Rel, Tenaga Boleh Baharu Bantu Malaysia Tangani Kejutan Minyak Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembinaan rangkaian rel yang komprehensif dan meningkatkan kapasiti boleh baharu dalam skala utiliti boleh menjadi penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan pendedahan Malaysia kepada kejutan tenaga luar, menurut Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama Kecuali Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit mencatat prestasi mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama pada akhir urus niaga hari ini namun susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi negara maju itu yang positif hanya meningkatkan lagi jangkaan kenaikan kadar faedah utama AS.

Kenaikan Harga Minyak, Hasil Bon Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.

Sabah Tidak Tergesa-gesa Laksanakan Projek Pasaran Karbon - Ketua Menteri

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah tidak akan membenarkan projek pasaran karbon yang tidak disemak dengan teliti untuk dipasarkan secara tergesa-gesa atau didagangkan berdasarkan spekulasi, walaupun terdapat peluang yang besar dalam sektor itu.

KDNK Malaysia Bagi 2026 Diunjur 5.7 Peratus Dipacu Pembuatan, Pelaburan Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan tumbuh purata 5.7 peratus pada 2026 yang melangkaui unjuran rasmi, dipacu oleh sektor pembuatan, pembinaan dan pelaburan, kata dua ahli ekonomi.

Pasaran Getah Terus Meningkat Seiring Dengan Kenaikan Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat dan ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan niaga hadapan serantau, kata seorang peniaga. 

Malaysia Airlines Meterai Tiga MoU, Perkukuh Hubungan Dengan Pasaran China

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) dengan Huawei, Weixin Pay, dan TravelSky Technology Ltd, bagi memperkukuh kehadiran digitalnya di China, sambil memperkasa kedudukan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk ke Malaysia dan rantau yang lebih meluas.

Lawatan Kerja Ke China Raih Potensi Pelaburan Lebih RM28 Bilion - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia meraih potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil daripada perbincangan perniagaan dan pertemuan dengan syarikat industri China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pelabuhan Malaysia Di Kedudukan Terbaik Untuk Teraju Peralihan Hijau

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pelabuhan-pelabuhan Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui peralihan negara ke arah operasi pelabuhan yang lebih hijau, memandangkan peranan strategik mereka dalam menghubungkan industri domestik ke pasaran global dan mengukuhkan hubungan perdagangan ASEAN dengan rakan perdagangan utama, termasuk China.

China Sasar Peradagangan Halal Yang Lebih Kukuh Dengan Malaysia

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pavilion China di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berhasrat untuk mengukuhkan perdagangan halal Malaysia-China dengan meluaskan hubungan perniagaan dan meneroka peluang merentasi rantaian bekalan halal.

Kejayaan Perluas Tenaga Bersih Bergantung Kesediaan Sistem Tenaga Secara Menyeluruh - TNB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Permintaan daripada pelanggan dan industri yang terus meningkat menyebabkan penjanaan tenaga yang lebih bersih perlu berkembang seiring dengan grid yang pintar dan cekap, kata Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Bhd (TNB) Dr Mohd Fadzil Mohd Siam.

Indeks Utama Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.