1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, dipacu aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan di pasaran baru-baru ini, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah yang berterusan merentasi kebanyakan sektor, diterajui oleh saham-saham penjagaan kesihatan, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) XL Holdings Bhd (XLHB) sehingga 8.30 pagi esok, 25 Jun 2026 selepas saham tersebut melepasi had harganya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, meningkat daripada penurunan semalam berikutan aktiviti pembelian saham murah dalam saham mewah terpilih melonjakkan sentimen, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa susulan penurunan harga minyak mentah, kata pedagang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Sunway Bhd menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, SMCL Haven 3 Pte Ltd (SMCLH3), memperoleh tapak pembangunan kediaman bernilai S$750.57 juta (RM2.4 bilion) di River Valley Green, Singapura, melalui bidaan bersama CSC Land Group (Singapore) Pte Ltd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring kelemahan pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) susulan pendirian cenderung mengetatkan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menjejaskan sentimen pasaran terhadap prospek kenaikan kadar faedah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada Selasa apabila pelabur terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan serta ketiadaan pemangkin pasaran yang jelas, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai yang lebih lemah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), akan terus mengendalikan Pelabuhan Bintulu susulan penukaran status daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) telah mendapat kontrak pembinaan RM488.40 juta di Pulau Pinang daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB), sebuah anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd (E&O).