BERITA TERKINI   Pemulihan gangguan aplikasi TuJu disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 Nov - TuJu | TuJu mohon maaf kepada pengguna yang alami gangguan pada fungsi navigasi sejak beberapa hari lalu | Istana Negara teliti inisiatif bantu remaja yang berdepan tekanan emosi, masalah kesihatan mental | Raja Permaisuri Agong zahir kebimbangan terhadap isu kesihatan mental kanak-kanak, remaja | MCMC siasat kegagalan platform media sosial sekat penstriman langsung serangan di sekolah antarabangsa di Sarawak - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 dan November 2026 mengukuh dua mata masing-masing kepada 1,607.5 dan 1,609.0. Kontrak Disember 2026 naik 1.5 mata kepada 1,615.0, manakala kontrak Mac 2027 meningkat 3.5 mata kepada 1,599.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,616 lot daripada 4,927 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,683 kontrak daripada 43,345 kontrak.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 3.42 mata atau 0.21 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya iaitu 1,611.56, daripada paras 1,608.14 pada Khamis.

-- BERNAMA



 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner