Terdapat 254 berita berdasarkan kata kunci carian " perjanjian"

Pelabur Automatif Baharu Minat Ganti BYD Di Tanjong Malim -- MB Perak

IPOH, 28 Sept(Bernama) -- Kerajaan negeri Perak mengesahkan beberapa syarikat automotif berminat untuk melabur di KLK TechPark, Tanjong Malim yang berpotensi menggantikan syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD Company Limited (BYD) yang menarik diri sebelum ini.

Willowglen MSC Peroleh Kontrak Bernilai RM108 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Willowglen MSC Bhd, iaitu Willowglen Services Pte Ltd (WSPL) menerima kontrak berjumlah kira-kira RM108 juta bagi kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem elektrikal, keselamatan dan pemantauan. 

Unit Sunsuria Jual Tanah Di Dengkil Pada Harga RM316.84 Juta 

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik 99.99 peratus Sunsuria Bhd, Sunsuria City Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Amazon Data Services Malaysia Sdn Bhd untuk menjual sebidang tanah di Dengkil, Selangor pada harga tunai kira-kira RM316.84 juta.

Indeks Utama Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Catat Penurunan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin sebelum menurun dalam dagangan awal dalam persekitaran minat belian yang berterusan berikutan prestasi Wall Street yang kukuh dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang mereda, kata penganalisis.

Pahang Sasar Hab Halal Utama Semenanjung, Pelabuhan Kuantan Jadi Pelabuhan Mesra Halal

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pahang bersedia menjadikan negeri itu sebagai hab halal utama di Semenanjung Malaysia menerusi cadangan penjenamaan Pelabuhan Kuantan sebagai Pelabuhan Mesra Halal dengan memanfaatkan integrasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Tiada Perjanjian Muktamad Projek Cress Bernilai RM800 Juta Setakat Ini -- Northern Solar

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd hari ini memaklumkan tiada sebarang perjanjian muktamad yang dimeterai membabitkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) yang dilaporkan bernilai RM800 juta.

MIHAS 2026 Hampiri Sasaran 50,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 50,000 pengunjung apabila memasuki hari ketiga dengan momentum memberangsangkan hari ini.

Anak Syarikat Vantris Energy Peroleh Kontrak Kerja Luar Pesisir Bernilai RM1.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh secara langsung Vantris Energy Bhd (Vantris Energy), iaitu VTEB Offshore Sdn Bhd (VOSB) memperoleh dua pesanan kerja pemasangan dan pengangkutan (T&I) luar pesisir dengan nilai gabungan kira-kira RM1.8 bilion.

ACC Perluas Latihan PKS Di ASEAN Untuk Pertingkat Akses Pasaran China

BEIJING, 25 Sept (Bernama) -- Pusat ASEAN-China (ACC) sedang memperluaskan program latihannya di ASEAN untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasuki pasaran China, dengan tumpuan khusus kepada perjanjian perdagangan bebas (FTA), prosedur kastam dan e-dagang rentas sempadan.

Sabah Laksanakan Kedaulatan Penuh Ke Atas Projek Karbon, Hasil Negeri -- Arthur

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah akan melaksanakan kedaulatan penuhnya ke atas pembangunan projek-projek karbon serta kutipan hasil negeri itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Malaysia Tetapkan Langkah Perlindungan Eksport Karbon Demi Melindungi Komitmen NDC

KOTA KINABALU, 24 Sept  (Bernama) -- Malaysia akan menguruskan eksport aset karbonnya secara bertanggungjawab dengan mewujudkan senarai putih kelayakan dan menetapkan had jualan yang dinamik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

AirBorneo Meterai Perjanjian MRO Dengan Pratt & Whitney Canada

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 24 Sept (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo Airways memeterai perjanjian selama empat tahun dengan Pratt & Whitney Canada bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) secara menyeluruh sehingga 2030.