BERITA TERKINI   Kira-kira 87,000 pesakit berdaftar di bawah program Ubat Melalui Pos dijangka nikmati penghantaran ubat percuma mulai 1 Okt ini - Fahmi | Pendaftaran Ubat Melalui Pos hanya dilakukan melalui fasiliti KKM dan bukan menerusi akaun media sosial - Fahmi | Empat daripada 10 ahli mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 menjelang usia 60 tahun - PM Anwar | Kerajaan telah memperuntukkan RM1.26 bilion untuk kebajikan warga emas, memanfaatkan 180,000 warga emas Malaysia serta memperluaskan pusat aktiviti - PM Anwar | Kes FELDA: Bekas CEO FIC didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas dua tuduhan perdaya berhubung projek Kuala Lumpur Vertical City  | 

Willowglen MSC Peroleh Kontrak Bernilai RM108 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Willowglen MSC Bhd, iaitu Willowglen Services Pte Ltd (WSPL) menerima kontrak berjumlah kira-kira RM108 juta bagi kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem elektrikal, keselamatan dan pemantauan. 

Menurut penyedia dan pembangun sistem kawalan berasaskan komputer itu, identiti pelanggan tidak didedahkan kerana WSPL tertakluk kepada tanggungjawab kerahsiaan di bawah perjanjian yang dimeterai dengan pelanggan tersebut. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menjelaskan bahawa kontrak itu melibatkan tempoh selama lapan tahun dan 11 bulan, serta bermula pada 19 Ogos 2026. 

Ad Banner

Tambah Willowglen, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 hingga 2035. 

“Kontrak tidak boleh diperbaharui dan risiko berkaitan kontrak adalah risiko perniagaan biasa,” katanya. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner