Terdapat 2644 berita berdasarkan kata kunci carian " bernama"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Momentum Positif Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum positif Wall Street semalaman, memandangkan harga minyak yang terkawal susulan pemulihan eksport minyak mentah dari Asia Barat, mengimbangi trend penjualan berterusan dalam pasaran bon Perbendaharaan AS.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan,  penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan 

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Grand Prix Bahrain di Malaysia membantu merangsang aktiviti pelancongan dan perkhidmatan pada suku keempat, namun impak kewangan keseluruhannya akan menjadi faktor penting dalam menilai daya maju ekonomi penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) secara tetap di negara ini. 

Ringgi Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) --  Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun mata wang AS kekal disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah AS. 

Kementerian Ekonomi Terima 9,955 Projek Baharu, Sambungan Berjumlah RM944 Bilion Bagi 2027

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi telah menerima sebanyak 9,955 bilangan projek baharu dan sambungan, dengan kos sebanyak RM944 bilion bagi 2027.

Zetrix AI Serah Cadangan Selesai Tunggakan RM314 Juta Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd memaklumkan telah menyerahkan satu cadangan penyelesaian kepada kerajaan untuk dipertimbangkan bagi menangani isu tunggakan serahan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta.

IJM Corp Lantik Johan Idris Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Konglomerat IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengumumkan pelantikan Datuk Johan Idris sebagai pengarah bebas bukan eksekutif dan pengerusi syarikat itu.

Tawaran Aset Huluan US$9.6 Bilion Di Asia Tenggara – Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pasaran penggabungan dan pengambilalihan (M&A) huluan di Asia Tenggara sedang memasuki kitaran kompetitif, dengan aset huluan bernilai US$9.6 bilion (US$1= RM4.0845) ditawarkan untuk baki tahun ini hingga 2027 apabila pasaran perjanjian rantau ini beralih daripada pintu keluar bukan teras kepada kemasukan strategik.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas disokong oleh belian murah berikutan penurunan harga minggu sebelumnya.

Unit Go Hub Peroleh Kontrak Selenggara Sistem Tiket Ktmb Bernilai RM64.79 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Go Hub Capital Bhd, NSS IT Solution Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Tenang Capital Bhd (TCB) bagi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan untuk Sistem Tiket Bersepadu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berjumlah RM64.79 juta. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, walaupun harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan. 

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Mata Wang ASEAN, Rendah Dengan Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan meningkat berbanding sebahagian besar mata wang ASEAN, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam Perancis selepas pasaran bonnya mencatat jualan ketara, minggu lepas.